dan


aku pasti semua pernah merasai kegagalan. kekecewaan. aku manusia biasa lebih spesifik lagi wanita biasa yang penuh dengan emosi. ya aku sering kalah dengan perasaan sampai satu ketika perasaan kecewa merubah aku menjadi manusia yang lain.alangkah senang kalau apa yang dikatakan orang mudah untuk aku terima. ya telinga mendengar tapi hati, otak menolak sementahnya. kerana apa?kerana kamu-kamu disekeliling tidak merasa apa yang dilalui aku sekarang. beremosi melemahkan aku. 
aku betul2 berada di tengah2 kehidupan. menetukan arah tuju kehidupan bukan sesenang yang digambarkan sesetengah orang. kehidupan itu betul2 rumit dan kompleks. harini aku kecewa, esok mungkin juga kecewa, lusa masih ada kemungkinan untuk kecewa. selalunya buntu memberi nasihat kepada diri untuk bangkit dari kecewa. 
puas memfositifkan diri, namun hasil tetap sama. aku semakin lelah dengan dugaan yang tak surut2 dalam kehidupan. bukanlah tidak bersyukur, tapi aku betul2 letih. letih dengan segala macam perasaan. aku putus asa. bosan dengan namanya kehidupan. 
kalau dulu aku tidak begini. mungkin kerana usia semakin menginjak. semangat semakin pudar. jadi apa patut aku buat? cari semangat unutk kembali pulih?aku penat. semuanya tidak berhasil. jadi aku putuskan untuk berdiam diri. tunggu suatu masa kehidupan berikan aku sesuatu mungkin tika itu aku boleh bangkit semula.






dan dan Reviewed by dieya on August 05, 2010 Rating: 5

No comments:

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Contact


Powered by Blogger.