sambungan..evaluation

Selepas menaip entry berkecamuk tadi aku teruskan dengan luahan hati aku tentang tempat kerja. Wujudnya entry ini kerana saya kurang menyukai tempat saya bekerja. Ini adalah disebabkan;


Saya akan mengantuk macam orang yang penat sangat tak tidur sepanjang malam padahal masuk tidur awal malam sebelumnya.

Saya akan tertidur dan kepala terhangguk-hangguk bila terpaksa membaca manual guide, brd atau apa-apa yang seangkatan denganya sebelum memulakan testing.

Saya dan rakan sepasukan akan berpura-pura ada kerja (padahal surfing internet) untuk mengelakkan dimarah oleh PM. Meneruskan kepuraan sepanjang hari sampai pukul 6.

Merasa seakan berada di timur tengah. Dikelilingi orang-orang bukan warganegara Malaysia betul-betul buat aku menyampah. Muntah melihat perangai dan aku boleh mati jika keadaan berterusan hingga 5 tahun.

Berdoa setiap saat semoga cepat pukul 6 petang mahu balik ke rumah, dan melakukannya setiap hari.

1 comment :

  1. Ciknad doakan Odie tabah hadapi hari hari mendatang. Manusia yang kuat ialah manusia yang kental luar dan dalam,dan yakin yang tiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi.

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Matched Content Adsense

Copyright © Rodiah Amir. Designed by OddThemes