saya baru lepas makan sotong masak kari..

Salam,

Dikesempatan anak aku tidur ni sengaja update entry. Perut tengah penuh, kenyang bebenor lepas lunch tadi. Arini gigih masak sotong masak kari. Aku ni dari kecik tak berapa minat makan kari ni. Nak masak pun tak berapa reti la. Dedulu if aku masak pun tak tengok la. Sebab memang betul-betul jarang masak. Sekarang dah susah sebab suami aku hantu kari. So nak pikat perut suami kena la belajar.

Masa aku dalam pantang dulu, mak cik tukang urut ada tanya aku pasal jahitan luka bawah masa bersalin, then aku cakaplah tiga lapis jahit. Nak kata besar, bolehlah tahan. Pastu mak aku menyampuk, cakap aku ni dari kecik kurang makan kari and rempah semua ni. So daging jadi lembik dan senang terkoyak. So pasni aku nak selalukan jugakla makan kari semua ni. Nak bagi daging kental n kenyal.. yeke? Belasah jela.

1 comment :

  1. baru tau nie..
    tp yaya kurang sikit ngn kari nie..makan gitu2 aje...

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Matched Content Adsense

Copyright © Rodiah Amir. Designed by OddThemes