Aku rasa mahu menangis. Beberapa bulan
lepas ada follow blog moon, cerita pasal kakak dia yang sakit barah and today
kakak dia dah meninggal. Sedih. Sangat sedih. Allah Maha berkuasa. Dari Dia
kita datang kepada Dia kita pulang.
Dan tadi kawan baik masa sekolah menengah
sms yang dia baru lahirkan baby boy 3.2kg dan baby di icu. Sebab masa bersalin
and baby dia vacum, so kepala dia luka. Sedih. Harap baby kuat. Baby baru nak
tengok dunia dan baby terluka. Kesian kau nak. Aku ni ibu, aku paham kesedihan
seorang ibu. Aku menahan tangis. Aku sedih sangat. sangat-sangat. dan aku
kehilangan kata.
Hari ini hari istimewa. Hari ulang tahun
kelahiran arwah abah. Kalau abah masih bersama kami, abah akan sambut hari jadi
yang ke 69 tahun. Tapi abah dah menghadap Ilahi. Al Fatihah untuk abah. Anak-anak
semua rindukan abah. Sampai hari ni mulut aku masih lagi tersasul tanyakan abah
mana and nak panggil abah makan tengahari bila balik kampung, tapi tu semua tak
sempat aku nak luahkan bila terpandang mak. Mak lagi rindukan abah.
Catat Komen
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.