![]() |
sebab hati tak tenteram gambar kena besar gabak.. |
Ok dari pagi hati tak tenteram. Otak
ding dong. Aku start entry ni dengan perkataan ok maksudnya aku tak ok la tu. Aku
mungkin dalam kitaran nak menghampiri period ni gamaknya, kalau tak period aku mengandung la kot...woh..ok diam... Tadi pagi sakit perut
bagai. Kat bahagian peranakan. Ok aku tipu aku tak taw bahagian apa tu Cuma macam
kat bawah sikit dari pinggang and perut. Tak dapat bayangkan tak apa kita
proceed dengan yang lain. Mentang kentang aku cuti esok sempena majlis
kahwin-kahwin sepupu suami aku so aku dapat cuti. Ok tipu aku meminta cuti la. nak
balas jasa orang tua kena attend kenduri lebih awal dari semua orang. Chewah. Tipu
lagi. Kena faham la aku kan dalam
kitaran nak menghampiri period so aku macam orang gila. Woh.
Aku tak lama lagi nak tolong adik
aku berniaga. Nak mencari sesuap nasik memang susah. So kena la cari sumber
pendapatan lain. Contohnya jual kuih raya, jual tudung, jual barangan baby,
jangan jual diri dah la kan. Eh melalut. Haram tu.
Aku bersemangat nak tolong. Ermm mana
taw leh bukak butik. Wah meninggi harapan dan impian rodiah ni. Bagus-bagus
teruskan usaha. So berbalik kepada isu hormone tak stabil, bilamana perempuan
berada dalam kitaran period maka emosi begitu tak menentu. Bagi yang dah
berumahtangga awas; kalau tak period mengandung la tue..uwekk aku ke?
Rata-rata pengalaman orang aku
baca nak bagi hari seindah suria yang baru terbit dari ufuk timur kena makan
coklat, makan kek, benda manis-manis. Aku pulak tak suka cmtu..aku suka makan
nasi. Huwaaaa..makan bermakna makan dengan banyaknya. Banyak bermaksud gemuk
la. eh aku ke laut ni. Kan aku dah bagitaw aku ni tak stabil. So entry pun tak
stabil.
Masa taip tadi nak share camne
nak kira waktu subur, tup-tup keluar yang lain lak..waktu subur adalah hari ke
14 period ye puan-puan. Macamana hari ke 14 muncul is..kita kira kitaran hari
period tolak dengan 14. So hari tersebut la kita subur. Normal kitaran is 21 –
28 hari. Ada gak yang lebih. So pepandai kire eh.. contoh 25 -14 = 11. So 11 la
waktu yang subur..ye x? cer google la if xyakin eh..hahhaha tips kedua untuk
mendapat baby is bersama suami pada waktu subur la of cos..hhhahha tips nak
merancang anak lak..jangan bersama suami pada 5 hari sebelum and selepas waktu
subur..ada paham? Ok sebenarnya aku stress ni, t aku dah tak stress aku buat
entry la kalau aku tak lupa ok.
ok terpanjang lak kali ni..sekian. bosan membaca.
Catat Komen
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.