Malam semalam, sejam sebelum
masuk hari ni dapat panggilan dari kampung, my MIL masuk wad. Stroke attack. Risaunya
hati. Lepas dapat call tak dapat tidur. My husband lagilah tak tenang tidur. Mahu
ikut balik tapi dah bercuti lama, pending kerja yang kene submit since last
week. My manager pun senyum masa aku submit kerja awal pagi tadi. Dah taw buat
salah so cepat-cepat kasik la. Then my husband balik dengan abang dia je. Car pool.
Tenang hati ada yang teman suami.
So tadi call my husband cakap,
MIL dah ok. Alhamdulillah darah dah turun. So tak lama rasanya duk hospital.
hati ni sangat risau. If anything happen to mak, n my mak; macamana nak hadapi
hidup ni. Abah Allah dah amik, mak nyer turn bila-bila masa je.
Tadi adik jugak call yang my mak
sakit di kampung. Aku terpegun. Aku sedih. Aku macam hilang arah sekejap. Dugaan
my mak kuat sangat. sakit tak henti-henti. Mak kuat. Mujur. Tapi kalau mak dah
tak kuat macam mana? Ya Allah.
I know that all this that i have
semuanya pinjaman. Sekejap sahaja Allah bagi nikmat sebab hidup kat dunia ni
pun sementara saja. Akhirat jugak yang abadi. Sebab tujuan utama adalah untuk
dunia akhirat. Bukan dunia disini.
Ya Allah, Kau berikanlah peluang
aku berkasih sayang, berbalas jasa, dan menyenangkan hati ibu ku. Berikan lah
aku kekuatan untuk membalas segala budi dan jasa ibuku. Tanpa ibu, tiadalah dunia
dan syurgaku.
Catat Komen
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.