gaduh adik beradik
By Rodiah Amir - September 03, 2012
As
salam
Selalu
bercakaran dengan adik beradik tak? Bagi aku yang ada adik beradik seramai 10
orang ni memang tak lepas la nak bergaduh, terasa ati, dendam kesumat dan
macam2 lagi. hal perasaan and perangai tak leh nak cakap la. Ada 10 perangai
yang berbeza. Yang baik, yang buruk. Semua ada. Campur. So macamana nak
terlepas dari sakitkan hati sesame sendiri? aku tak da jawapan. Dan kadang2
bila aku fikir balik macamana kami lepas semua peringkat sakit hati tu aku jadi
macam sedikit kagum. Ok wow.
Erm
benda sakit hati ni memang tak akan habis sampai ke mati. Untung la seseorang
yang boleh jaga hati orang di sekeliling. Macam islam tekankan jaga lidah, sbb
lidah lebih tajam dari pedang. Sekali terlajak kata buruk padahnya.
Ditambah
dengan hasutan syaitan yang tak henti-henti kalau tak kuat agama mungkin dah
berbunuhan dah. See i told you, kerana mulut badan binasa. Bagi aku yang
bermulut lepas dan suka berlawak kasar tahap gaban tapi berhati sensitive ni
aku akan cari adik beradik yang aku leh gi. Maksud leh gi adalah boleh
berbicara dengan wajar and amat jarang aku nak terasa.
Biasa
aku buat bila aku sakit hati ialah aku akan balas balik pe orang cakap kat aku.
pastu duk kat tempat tak de orang, kalau kat kampung aku suka buat muka pastu
gi cakap dengan itik dalam reban. Hahhahahaha. Pastu aku mogok dalam setengah
jam. Dan pastu aku malas nak layan dah. Borak dengan mak lagi best.
Tapi
tula, since umur dah menginjak aku akui terasa tu kurang dah, Cuma lebih kepada
nak fahami adik-adik yang baru nak menapak dewasa ni. Baru aku paham kenapa
kakak2 lebih sensitive bila aku menjawab kecik2 dulu. Skang aku da jadi kakak
aku paham perasaan tu.
0 comments
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.