Allah tidak Pekak

Alhamdulillah bertemu sekali lagi di Hari Jumaat. Syukur masih dipanjangkn umur untuk bernafas di muka bumi. Ya Allah takutnya mati. Bila mati bermula la perjalanan bertemu Pencipta. Cukupkah amalan di dunia ni. Takutnya nak bertemu Malaikat. Nak menjawab semua soalan. Allahuakbar beri aku kekuatan dalam beribadah. Tetapkan hati ku untuk menjaga solat. Jadikan aku umat yang sentiasa bersyukur. Jauhkan aku dari bisikan syaitan. 

Dua tiga kejadian yang berlaku dalam kehidupan betul2 beri aku pengajaran. Allah itu Maha Mendengar. Allah itu Maha Adil. Allah itu Maha Hebat. Allah Maha Besar. 

Mesti tanam dalam hati setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah aturkan yang terbaik. Pernah satu masa aku terduduk dek ujian yang aku rasa sangat berat. Tak tertanggung rasanya diri. Pernah manusia manusia-manusia lemah sama seperti aku melayan aku seperti sampah dan maruah di pijak2. Dan luka masih terkesan tinggalkan parut yang sukar nak hilang. Aku yang lemah selalu syak wasangka dengan caturan Allah, rasa dizalimi, banyak persoalan timbul dan kenapa perlu aku yang alami.

Dan bila tiba masanya terjawab soalan dulu, soalan aku semasa sengsara. Allah bagi jawapan untuk semua. Allah bayar cash di dunia. Allah tidak pekak. Dia mendengar rintihan hambaNya. 


3 comments:

  1. waalaikumussalam,mk dak...mk dak,waktu dapat ujian janganlah bersedih,tapi ucaplah Alhamdulillah,sebab mak dak terpilih.Lagipun,ALLAH tahu mk dak boleh lalui ujian tu.Soal mati ... mk dak jangan risau,kalau amalan mk dak berkualiti,isnya-ALLAH dia boleh tolong mk dak kat kubur esok.Banyakkanlah baca Al-Quran terutama surah Al-Baqarah dengan surah Al-iimraan ... cheer up,okay? ^_^

    ReplyDelete
  2. hanya Dia yang tahu apa yg terbaik utk kita walaupun kdg2 kita rasa mcm xptt n xadil...

    ReplyDelete
  3. kakak hanis: tenkiu mak dak insayAllah ingat n akan amalkn..

    sha: setuju, tapi manusia kuat melatah dengan ujian. Pantang di cuit mesti menggelabah.

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.