Review Movie Thailand Pee Mak

Terpengaruh nak tengok movie Thailand Pee Mak ni disebabkan sinopsis yang aku baca dan genre movie ni ialah komedi. Thailand memang terkenal dengan plot twist kelakar jadi Pee Mak berjaya buat aku gelak tak ingat dunia. 

Aku memang sejenis takut tengok cerita seram / cerita hantu disebabkan daya imiginasi aku tinggi. Aku selalu membayangkan. Bongok kan? Dah tahu penakut jangan la bayangkan bukan-bukan. Selalu kalau tidur aku akan terbayang ada makhluk bawah katil. 

Berbalik kepada cerita hantu Pee Mak ni memang sumpah lawak oi. Sape yang agak-agak ada masalah dan payah nak gelak pergi la tonton. Jalan cerita mudah nak faham dan kelakar sebab asyik berteka-teki siapa yang jadi hantu dalam cerita ni. 




Barisan Pelakon Movie Thailand Pee Mak 


Jujurnya aku tak kenal sangat pelakon-pelakon dari Thailand tapi barisan pelakon yang ada dalam movie ni tersangatlah baik lakonan diaorang. Cerita lima sahabat yang serasi dengan each other dan confirm tak kering gusi dengan gelagat masing-masing. 

Movie ni ditayangkan pada tahun 2013 dan khabarnya movie ni banyak menang award di Thailand. Tahniah lah. Barisan pelakon yang terlibat: 

  • Mario Maurer as Mak
  • Davika Hoorne as Nak
  • Kantapat Permpoonpatcharasuk as Aey 
  • Nuttapong Chartpong as Ter 
  • Pongsathorn Jongwilas as Puak 
  • Wiwat Kongrasri as Shin 




Sinopsis & Review Movie Thailand Pee Mak 

Cerita dia berlaku pada zaman Raja Mongkut dan kemuncak Dinasti Rattanakosin, ketika Siam sedang berperang negara jiran. Mak (Mario Maurer) diarahkan untuk pergi berperang dan terpaksa tinggalkan isterinya Nak (Davika Hoorne) yang sedang sarat mengandung. 

Mak cedera ditembak dan terpaksa mendapatkan rawatan, masa inilah dia berjumpa dengan kawan-kawan dia yang lain dan jadi rapat. Isteri dia sabar dan tunggu Mak balik walaupun orang kampung kata Mak dah mati. 

Nak tetap tunggu suami dia balik. Akhirnya dia mati ketika melahirkan anak. Sebelum dia mati dia menanggung sakit bersalin berseorangan dan cuba minta tolong tapi maklumlah rumah jauh mana ada orang dengar dia minta tolong. 

Penduduk kampung takut sebab hantu Nak selalu mengganggu ketenteraman orang kampung dan satu hari Mak dan kawan-kawan dia pulang ke kampung. Waktu ni dah bermula kisah seram kelakar. Banyak adegan kelakar nak buktikan yang Nak masih hidup, siapa jadi hantu dan macam-macam lagi. 



Pengajaran movie ni pun sweet sangat. Unsur kekeluargaan, kasih sayang dan cinta sejati berjaya ditonjolkan. Semestinya unsur tak logik banyak ya tapi entah otak masih boleh terima sebab cerita ni kelakar. 

Sekian review dari aku. Kalau korang tengok confirm tak bosan dan ending dia pun menyeronokkan. Jadi selamat menonton. 



*semua image ehsan google ok 

Post a Comment

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Terbaru Lebih lama