Tanggungjawab Manusia Sesama Manusia
Bercakap tentang tanggungjawab, bukan satu perkara kecil. Setiap makhluk
yang diberikan peluang bernafas di bumi Tuhan mempunyai tanggungjawab
masing-masing. Setiap rezeki, jodoh, ajal dan maut memang dah disiapkan khas
oleh Tuhan untuk hambaNya sejak ditiupkan nyawa lagi.
Dulu masa sekolah ustazah selalu cerita tentang manusia yang begitu
yakin bila ditanya oleh Allah tentang tanggugjawab. Pendek cerita, ustazah
simpulkan bila Allah ingin memberikan tanggungjawab mentadbir bumi kepada
gunung, tetapi gunung menolak kerana tanggungjawab mentadbir itu sungguh besar.
Bayangkan gunung yang tinggi dan besar pun tak mahu memikul tanggungjawab mentadbir bumi. Tapi ustazah kata manusia yakin mampu mentadbir bumi. Jadi tanggungjawab diamanahkan Tuhan kepada manusia untuk mentadbir bumi sebaiknya.
Bayangkan gunung yang tinggi dan besar pun tak mahu memikul tanggungjawab mentadbir bumi. Tapi ustazah kata manusia yakin mampu mentadbir bumi. Jadi tanggungjawab diamanahkan Tuhan kepada manusia untuk mentadbir bumi sebaiknya.
Cerita sebenarnya aku mohon korang rujuk ahli agama ya. Tapi itu antara
cerita yang aku ingat sejak kecil lagi. Ustazah nak tunjukan bahawa manusia
mempunyai sifat riak, dan terlalu yakin sedangkan mentadbir bumi bukan perkara mudah.
Tanggungjawab Kepada Keluarga
Berbalik kepada peringatan tentang tanggungjawab manusia, sesungguhnya
tanggungjawab yang diamanahkam Tuhan bukanlah perkara kecil. Sebagai manusia
tanggungjawab tu bukan sesama manusia sahaja, ada tanggungjawab kepada alam
sekitar, termasuk hidupan lain seperti haiwan, tanggungjawab kepada negara dna
banyak lagi. Kalau nak dirungkaikan tak terkira banyaknya.
“Tanggungjawab sesama manusia adalah membantu hak sesama insan
termasuklah menjaga hubungan, menjaga kehormatan dan saling bantu membantu”.
Aku fokuskan tanggungjawab kepada keluarga. Dilahirkan dalam keluarga yang
besar, mempunyai 10 orang adik beradik mengajar kami saling mengajar satu sama
lain. Bukan mudah. 10 kepala, 10 akal dan 10 hati. Masing-masing berbeza. Tapi
melalui adik beradik lah aku banyak belajar.
"Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan
membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya
yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka
Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya. (Riwayat Muslim,
Abu Daud dan Tarmizi)."
Catat Komen
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.