Pengalaman Cabut Gigi Dan Tips Penjagaan Selepas Gigi Dicabut

Kali ni aku nak kongsikan pengalaman selepas gigi aku berjaya dicabut untuk rujukan aku pada masa hadapan. Sesuai juga untuk bacaan korang yang bakal dan telah pun dicabut giginya macam aku. 

Serius talk, sakit gigi adalah antara sakit yang paling sakit dan menakutkan pernah aku alami.
Sakit gigi boleh akibatkan kemurungan dan juga kesakitan berhari-hari lamanya. Penyelesaian hanyalah gigi bakal ditampal atau pun dicabut. 


Jadi sebelum gigi korang rosak sila jaga kesihatan gigi ok. Memandangkan gigi aku baru sahaja dicabut, aku nak kongsikan perkara-perkara perlu korang buat seterusnya iaitu tips penjagaan selepas gigi dicabut.


Pengalaman Cabut Gigi Dan Tips Penjagaan Selepas Gigi Dicabut


Rajinkan diri buat scaling sebagai rawatan menjaga gigi sebelum gigi rosak dan perlu dicabut. Boleh baca aku buat scaling gigi di klinik swasta - di sini. 




11 Tips Penjagaan Selepas Gigi Dicabut


Perkara penting perlu tahu sebab selepas gigi dicabut kadang-kadang darah masih tak berhenti keluar dan paling menakutkan bila fungsi ubat bius hilang sepenuhnya. Tips yang aku kongsikan dekat bawah ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri.

#1 Selepas berjaya cabut gigi, gigit kapas di tempat gigi dicabut. Korang kena gigit kuat-kuat paling kurang selama satu jam. Alhamdulillah aku buat darah cepat berhenti. 

Kalau tak memang muntah tertelan darah.


#2 Kurangkan bercakap. Semakin banyak kita bercakap semakin banyak gerakan dibahagian mulut. Untuk aku pula memang lepas aku cabut gigi aku kemurungan tiada mood nak bercakap dengan orang.


#3 Jangan asyik kumur dengan air. Aku cenderung nak kumur dan hilangkan rasa hanyir darah sebab aku fikir bila kumur akan bantu tetapi sebaliknya berlaku.

Jadi bertambah teruk sebab semakin kerap aku kumur dengan air semakin aku nak muntah. Tak membantu.


#4 Elak lidah atau jari sentuh gusi di bahagian bekas gigi yang dicabut. Aku jadi ketagih nak sentuh dengan lidah dan jadi tak percaya gigi dah tiada. 

Bahaya jika bahagian tersebut disentuh dan dikorek. Takut makin berlarutan luka.


#5 Aku pernah baca ada orang letak ais untuk hentikan darah, tapi aku buat sebab nak hilangkan ngilu. Malangnya darah tak berhenti dan gigi semakin sakit. 

Jadi kalau kaedah letak ais membantu hilangkan pendarahan boleh lah korang cuba.  yang mana sesuai korang teruskan.


#6 Kumur air garam dengan kerap. Bancuh air garam dengan air suam. Suhu suam tu amat membantu melegakan rasa ngilu dan juga stopkan pendarahan.


#7 Makan ubat antibiotik, ubat bengkak dan ubat tahan sakit yang diberikan oleh doktor apabila perlu sahaja. Memandangkan aku breastfeed anak aku, jadi doktor hanya boleh bagi paracetamol dan kapas sahaja. 

Paracetamol sebagai ubat tahan sakit. Derita lebih sebab gusi aku bengkak. Terpaksa tahan sahaja demi anak.


#8 Makan jangan tak makan. Aku faham selera nak makan akan hilang dan risau kalau makan akan mencederakan bahagian gigi yang dicabut. Kena pastikan makan ikut jadual untuk elak penyakit lain pula.


#9 Elak kunyah makanan menggunakan gigi di bahagian gigi yang dicabut. Sebab dah terbiasa kadang-kadang memang berlaku tergigit bahagian gigi dicabut. Risiko gusi cedera jika dibersihkan dengan berus gigi.  


#10 Kumur mulut menggunakan penyegar nafas seperti Listerine selepas makan. Selain membunuh bakteria, ianya membantu mengembalikan mood ceria untuk kita.


#11 Berjaga-jaga jika ada tanda-tanda demam atau sakit lain. Segera berjumpa doktor untuk dapat nasihat.



Kesimpulan


Pada saat artikel ni ditulis adalah merupakan hari ketiga gigi aku dicabut. Walaupun sakit tapi aku masih berjaya survive dan dalam proses nak biasakan diri tanpa gigi. 

Rasa nikmat hidup diambil sedikit. Betapa hebat ciptaan Allah. Dari sekecil-kecil otot sehingga sebesar-besar organ pasti ada kegunaannya.



Review Klinik Pergigian Shahar Di Temerloh

Masa cuti CNY aritu aku balik bercuti di kampung. Kemain seronok nak habiskan masa kat kampung. Plan macam-macam. Kemas rumah bagai. Malam jumaat dah start masa tak syok. 

Sebab cuaca kat kampung dengan cuaca KL berlainan telah mengakibatkan gigi aku sakit. Gigi aku sensitip je kalau tempat tu panas. Merana la dari jumaat malam tu bertarung menahan sakit gigi.

Gigi ni setiap tahun memang problem. Bila pergi klinik then cuci ok. then biasa tahun-tahun lepas sebab takut cabut gigi aku tampal je. Penakut ok. Nak buat scaling gigi pun seram. 

Review Klinik Pergigian Shahar Di Temerloh 

Tahun ni macam tekad nak cabut je. 

Seram sejuk nak cari klinik. Paham-paham jela tengah cuti ni ada ke yang bukak. Tawakal dan merayap ke Triang kemudian terus ke Temerloh. Tanya klinik yang bukak dan akhirnya nurse recommend:

Klinik Pergigian Shahar

Address:
737B, Jalan Semantan 2, Lurah Semantan, 28000 Temerloh, Pahang🔸

Phone:
+609-2965284

Tutup:
Sunday

Lokasi dia betul-betul tepi stesen Petronas Temerloh depan sungai tu, Klinik tu macam rumah sederet dengan kedai makan bawah masjid tu. 

Kiranya klinik adalah di depan stesen bus. Sederet dengan Pustaka Saujana. Kedai buku Temerloh. Gitu aku explain. Takut tak paham.

Pengalaman Cabut Gigi di Klinik Pergigian Shahar


Doctor yang cabut is Doctor Shahar, dia charge aku RM65 sebab gigi depan. Gigi geraham aku lupa sebab aku sakit malas nak dengar. Doctor tu Masya Allah sangat baik. 

Aku mintak extra bius sebab gusi aku dah start bengkak. Dia explain kata kalau cabut masa bengkak nanti akan rasa sakit, so dia nasihat awal-awal supaya ready.

Oleh sebab aku memang nak cabut jugak so aku amik risiko. Lepas bius dia suruh aku keluar tenangkan diri dalam 5 minit then dia panggil masuk. 

Masa cucuk bius aku takut so badan aku keras sangat hahhaha. Masa cabut aku lebih relax dan positif. Start je dia seret kerusi suh aku duduk, aku dah start selawat. 

Tak tinggal walau sesaat. Bila dia cabut selepas percubaan kedua, yang pertama gigi aku rapuh, patah atas dia.

Dia explain la kata ini yang bahaya sebab bila patah semakin susah nak cabut. Tak sempat panik aku lajukan selawat, lembutkan badan terus gigi berjaya dibuang. Dalam masa kurang 5 minit. Terperanjat sebab sekejap. 


Dengan izin Allah tak sakit. Pandang gigi yang kaku, Panjang woo gigi. Then hiba bila gigi yang bersama kita berpisah di klinik gigi. Aku tak ambil bawak balik pun. Jagalah gigi. Hargai pinjaman Allah ni. Banyak berjasa.