As Salam,
Perwatakan aku semasa di pejabat
dan rumah memang dua karektar yang berbeza. Kalau di pejabat aku memang tegas,
garang, sentiasa nak cepat buat kerja, rancang kerja dengan bijak, punctual dan
segala benda lagi. Dan kepantangan aku kalau bekerja atau terjumpa orang yang
masih tak tahu apa yang dia nak dalam kerja.
Lambat adalah orang yang rugi.
Sama juga masa aku belajar. Aku la antara orang paling awal siap dan tunggu
kawan sekelas yang lain bersolek sambal buat muka garang. Kawan aku cop aku
singa. Dan aku anggap itu sebagai pujian. Singa handsome what.
Kalau aku balik ke rumah aku mula
tukar perwatakan. Aku jadi orang paling pemalas. Paling banyak bagi alasan.
Berlambat-lambat dan seangkatannya. Tak tahu kenapa tapi memang macam dah di
setkan. Auto set. Husband pernah tegur, kenapa tak aplikasikan apa aku buat di
pejabat sama di rumah. aku sendiri tak tahu kenapa.
Semangat tu lain. Mungkin di
pejabat aku tiada siapa nak diharapkan since aku memang kerja seorang dan
reporting bos sahaja. Kalau kat rumah aku harapakan suami. Contoh segala tugas
aku menanam harapan suami akan buat or sama-sama buat. Bila ada harapan
konon-konon kerja menjadi sedikit kurang mula la malas. Itu kot alasan paling
kukuh aku bertukar macam tu.
Wassalam.
Catat Komen
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.