Gelagat Orang Berniaga

Serius lah aku terhibur tengok gelagat orang berniaga ni weh. Selalu rutin aku ialah akan naik pengangkutan awam ke tempat kerja. Jadi setiap petang kalau aku rajin, aku akan tunggu dan jalan balik sekali dengan suami. Masing-masing dah faham sangat situasi menunggu. 

Seperti hari-hari biasa, petang tu masa balik kerja aku teringin sangat nak minum Tea Live. Waktu panas memang sedap la nak sedut. Dari dalam train aku dah bayangkan  Signature Milk Tea, Tea Live lalu sejuk dekat tekak. 

Elok aku keluar dari stesen LRT, betul-betul depan tangga aku nampak ada gerai baru jual air hipstur ala Tea Live. Masa ni aku dah niat, bagus juga kalau aku beli je dari adik yang meniaga ni sekurang-kurangnya aku boleh bantu naik kan semangat dia berniaga. Harga macam biasa la RM 5. 



Gerai Air Hipstur 

Dengan semangat berkobar-kobar sambil impikan air teh yang dia jual tu bakal menghilangkan dahaga aku tapi hampa ok. Hambar sungguh. Aku sedut air tu dengan penuh kekesalan campur sakit hati. 


  1. Aku beli Green Tea, which aku expect air dekat pekat dan ada rasa susu, tapi sayang air dia tak pekat. Rasa green tea cukup-cukup syarat je. Green Tea kalau tak cukup pekat dia boleh buat muntah tau kalau minum. Rasa dia pelik. 
  2. Dekat bunting dia ada tulis big cup rm5 small cup rm3. Dah kali pertama beli kena la beli saiz kecil dulu, bila mintak small cup..rupanya tak jual. Bukan habis ya, kalau cup kecil habis aku boleh terima. Ni ayat adik tu cakap, saya jual cup besar je. Eh macam kena tipu je. Kalau tak ada jangan la tulis dekat bunting kau tu dik oi. 
  3. Lepas beli air lepak dekat-dekat situ sambil tunggu suami. Penjual tu budak muda (2 lelaki), 3 orang termasuk la awek/bini yg bg moral support kot. Apa yang kurang bestnya masa tiada customer boleh pulak awek tu usap-usap rambut laki tu. 
  4. Yang laki buat muka kucing birah. Ada la adegan tu berlangsung hampir selama 2 minit. Ko meniaga minuman kot. Kebersihan paling utama bro. Aku yg beli air ko ni geli geleman dgn perangai manja-manja birah ko dicampur ragu-ragu tangan o bersih ke tidak.

Yelah rezeki ko kan. Tapi aku doa moga ko insaf la dan tak ulang adegan birah ko tu sebab ada la dalam 3 kali aku bagi jelingan maut kat ko berdua. Tak kisah la kalau korang dah halal sekalipun. Nak mesra-mesra kat rumah aje. Tapi jarang la laki bini nak tunjuk mesra kat public. lol. 

Moral of the story, bukanlah aku berkira tentang wang ringgit. Tapi customer service, value, dan impression tu penting untuk bina keyakinan pelanggan. Kalau air sedap power, layanan mesra, bersih dan bebas maksiat confirm laku air dia jual. 

Post a Comment

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Lebih baharu Lebih lama