AirAsia BIG Loyalty Program Kejutan Hari Lahir
Bismillahirrahmanirrahim.
Dapat email dari AirAsia BIG Loyalty Programme tentang kejutan besar bagi meraikan bulan kelahiran aku iaitu Bulan November. Sep sikit siapa berzodiak Scorpio.
Terus rasa special sangat.
Air Asia tawarkan 30,000 mata ganjaran AirAsia BIG untuk dimenangi dan membolehkan aku merealisasikan percutian idaman aku dengan beberapa syarat seperti share entry dan war-warkan kat laman social.
Lagi dua hari birthday aku.
Semalam dapat berita yang mak join
orang felda buat permohonan rayuan kepada menteri besar Pahang supaya dipercepatkan
nombor giliran untuk mengerjakan haji. Umur pun dah lanjut jadi mak teringin
benar nak kesana.
Memang impian aku dari dulu nak
kumpul duit nak bawak mak and arwah abah ke Tanah Suci. Tapi Allah dah panggil
abah dulu, tinggal mak je. Satu-satu nya peluang aku nak berbakti. Mak, semoga
kita dapat pergi sama-sama ya.
Jadi aku rasa tahun ni impian aku
adalah nak menunaikan impian mak aku. LL
Sempena hari ulang tahun ni, aku
berdoa impian aku tertunai. Kalau bukan tahun ni tahun depan pon tak apa.
Impian aku nak bawak mak
mengerjakan haji. Dah memang default aku ni kalau travel by air aku akan naik
Asia Asia sebab tambang murah berbanding yang lain. So far yang aku pernah naik
la. Harga masih mampu beli tiket dan terbang.
Semoga impian aku tercapai. Sayu
hati kalau libatkan pasal orang-orang kesayangan ni.
Catat Komen
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.