Saya Sedih & Kesian Dengan Kawan Perempuan Yang Pakai Bulu Mata Palsu
Assalamualaikum.
Salam Jumaat.
Saya bukan acah-acah ustazah tapi dengan niat sebarkan ilmu
dan saya SAYANG kawan-kawan saya.
Saya juga tak terkecuali terpengaruh nak pakai. Nak nampak cantik.
“Saya sedih & kasihan dengan kawan2 perempuan yang
memakai bulu mata palsu. Semua sudah maklum hukum memakai bulu mata palsu
adalah haram! Sekarang pula kita jadi sudah terbiasa melihat video2 live make
up yg pasti ada diajarkan cara memakainya. Yang ramai terlibat adalah MUA &
wanita berhijab.
Masa zaman study dulu, saya pernah beli sepasang & saya
cuba. Memang cantik dan berubah terus muka kita. Mata jadi besar &
menggoda. Masa tunang & kahwin saya berperang jiwa raga nak nampak cantik
dan bermata galak. Tapi suami mmg tegas tak bagi! Sedih juga masa tu! Tapi
syukur skrg Allah beri faham. Faham yg kita ni ada pilihan. Pilihan utk menahan
nafsu di dunia ini kerana Allah yang pasti tinggi ganjarannya ATAU acah acah
tak tahu hukum & bebas kelihatan cantik tetapi dimurkai Allah.
Ada juga yang berbisnes menjual bulu mata palsu. Diharapkan
berhenti saja menjual kerana bersangkut paut dgn status keberkatan rezeki.
Jangan sesekali pandang remeh tentang apa2 yg berkaitan dengan darah daging
kita!
Saya tak kisah lah kalau ada yang nak remove saya disebabkan
post ini. Saya nekad, kerana sifat ihsan dan sayang pada kawan2 semua. Saya
dulu pun mcm u all juga. Suka make up suka cantik. Allah maha pengampun lagi
maha menerima taubat! Kita dah tau, kita jangan buat dah. Jangan jadikan dosa
itu satu kebiasaan.
Kita sama2 didik hati ini supaya LEBIH takutkan Allah. Dunia
ini penjara buat mukmin dan bukannya tempat tinggal kita. Kita semua anak2 akhirat
yang akan menuju ke sana..
Kredit: Farihah Zulkifle
Sumber: OhMedia
0 comments
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.