Assalamualaikum.
Hari ni terdetik nak membebel pasal anak-anak.
Dah menjadi mak ni, semakin hari
semakin nampak la perangai anak-anak nak membesar.
Macam-macam perangai seram
dengar.
Uih
anak-anak sekarang perangai nauzubillah.
Kalau tak control memang sakit jantung
24jam la mak bapak.
Dapat pulak mak bapak yang asyik percaya kan anak memang
masak la.
Pastu main lepas tanggungjawab kat cikgu sekolah.
Pagi
tadi sempat berborak dengan Biras.
Suri rumah dan ada buat perkhidmatan transit
bebudak sekolah.
Salah seorang anak transit dia buat perangai.
Mak dia pulak
jenis nampak anak semua betul.
Anak selalu la sakit perut dan tak hadir ke
sekolah.
Alasan sebab kerja sekolah tak siap sebenarnya. Pandai menipu.
Mak
bapak pulak jenis busy cari duit then jenis menghamburkan
duit ke pihak sekolah
dengan harapan cikgu galas tanggungjawab
mendidik anak-anak termasuk hal
kebersihan anak-anak.
Adui
Tarik rambut sendiri kalau aku jadi cikgu tu.
baju kotor pon mak salahkan
cikgu.
Dah kenapa mak bapak sekarang ya.
Kalau aku dulu kalau baju, kasut kotor
memang mendapat la.
Penghormatan kat cikgu tu kemain tinggi. Dan cikgu tak
pernah salah.
Tapi
sekarang cikgu la penyebab semuanya.
Anak teruk perangai cikgu salah sebab tak
tegur, anak tak buat kerja sekolah
cikgu yang salah sebab bagi kerja sekolah
banyak.
Mak bapak semakin lupa diri agaknya.
Aku
rasa paling struggle bab nak bagi perhatian kat anak-anak.
Mungkin dulu masa
dibesarkan mak ayah orang susah.
So nak mendapatkan sesuatu tu sangat la payah.
Bila mak bapak dah merasa peritnya kehidupan mak bapak tekad tak nak
anak alami
benda yang sama.
Maka
mak bapak sogokkan anak-anak dengan kemewahan.
Tu sebab anak-anak jadi manja,
tak tahan lasak, asyik nak yang mudah je.
Salah mak bapak jugak.
Belum
masuk bab mak bapak pilih kasih, anak mental down,
anak bosan belajar, anak
hilang minat belajar. Hui mencabar nya.
Mari lah berdoa yang kita ibu bapa ni
sentiasa alert dengan keperluan
dan tanggungjawab terhadap anak-anak kita.
Dijauhkan
anak-anak dari anasir yang tak elok ni.
Sebelum nasi menjadi bubur, baiklah
kita ambil langkah pencegahan.
Beringat sebelum terkena. Post ni pun bebelan
untuk ingatan diri sendiri.
Wassalam.