Ketika Kawan Jadi Lawan - www.rodiahamir.com

Lifestyle & Food Blogger. Sharing about Parenting, tutorial, Beauty Tips, Entertainment &; Nice place

Breaking

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Aug 29, 2017

Ketika Kawan Jadi Lawan

Assalamualaikum.

Tadi baca kisah budak perempuan ni muka dia bermasalah habis teruk jerawat etc yang disangkakan resdung tapi rupanya dia disihir. Kebenaran dia wallahualam.

Baca sini Muka jadi teruk

Apa yang menarik aku nak share kat sini semua benda tu tak mustahil untuk jadi. Bermula dengan iri hati dan dengki akan meleret jadi benda lain. Kisahnya budak ni aktif join MPP. Ada rupa sikit. Maka jadi asbab jela orang nak dengki.

Teringat dulu kisah aku masa Diploma.

Baca selanjutnya
Dulu aku boyish (sikap jela, pakaian masih lagi perempuan) aku orang yang aktif (hanya wakil kelas kalau kelas nak buat activity) dan lelaki selesa berkawan dengan aku. disebabkan aku suka menyakat, mulut becok dalam kelas maka aku selalu dilantik jadi wakil untuk lead apa sahaja aktivti. Pernah sekali aku jadi jawatankuasa untuk Fakulti punya event.

Dalam banyak-banyak orang diaorang nampak aku boleh menonjol. Walalhualam. 

Tapi benda tu semua membawa keburukkan kat aku. Even aku enjoy dan happy sangat-sangat dapat sumbang tenaga dan idea nak bagi activity lagi fun. ciss rupanya ada yang tak senang hati. 

Alhamdulillah aku tak la sampai kena gangguan benda halus ni, aku cuma kena bila ada perjumpaan class dan sekelompok orang yang tak suka cara aku tu mula start provok dan hentam aku depan kawan-kawan lain. 

Masa tu duduk dalam bulatan dan masing-masing kena luahkan apa yang diaorang rasa tak puas hati. dan memang time tu aku jadi lauk. 

Part kecewa jangan cakaplah. aku rasa kena tortured dan kawan-kawan lain duk diam aje. Tak reti back up member. Bab tu malas nak ulas. Lepas je peristiwa jadi lauk tu aku jadi super sensitive, aku tak ceria dan aku rasa kehidupan aku lepas tu sekadar nak teruskan hari je.

Mujur time tu dah nak habis Diploma. So masing-masing berpecah bila masuk Degree. Tapi sebab peristiwa tu la aku simpan dalam hati dan bertahun jugak la aku ambil masa nak move on.

Degree pon banyak jugak kenangan pahit tapi sekurangnya aku belajar la, yang hidup memang tak boleh harapkan orang dan kena pandai berdikari. Hidup sorang pon masih boleh berjaya.

Nasihat aku, pilih kawan tu hati-hati. Kita tak tahu siapa tak suka kita. Jaga diri sudah.