Perit jerih kehidupan

by - August 23, 2017

Assalamualaikum,

Amboi tajuk drama swasta pukul 7 sangat. tapi itu lah reality sekarang ni.

bergelut mencari “me time”.

hari biasa dah sibuk dengan kerja, hari minggu melampiaskan tanggungjawab sebagai isteri, suri rumah dan mak.

Bila agaknya dapat bersuka ria.

stressnya.

hari tu sebelm raya suami ada belanja suruh buat facial.

Habis RM100 tapi result dia tak ada lah superb sangat.

Atleast kena 3 kali maintain baru kulit muka cantik.

lepas jadi mak anak dua kehidupan terumbang ambing.

anak no2 memang lain maciam punya perangai.

Kuat merajuk, kuat melalak, garang, keras hati.

asyik la nak berkepit je.

rasa nak picit-picit je kalau waktu malam kalau dia crancky.

astagfirullahalazim.

Menulis ni pon selepas beberapa jam struggle tidurkan baby.

masih lagi penat masih lagi nak menjerit.

Esok jadual masih sama dan masih sibuk.

Aktiviti yang sama, perkara yang sama.

Moga masih ada peluang dan ruang untuk aku bernafas.


You May Also Like

0 comments

Entri Popular Bulan ini

SUBSCRIBE NEWLETTER