Penat badan hadap jem balik KL

by - September 05, 2017

Assalamualaikum.

Selamat pagi Selasa selepas bercuti panjang. Malam tadi tah kenapa mimpi kena buang kerja. Memang company tengah ada masalah tapi tak la pulak fikir pasal kerja masa cuti panjang aritu. Mainan syaitan betul. Apa khabar semua? Harap sihat la hendaknya. 

Penat betul badan tempuh jem hari Ahad  tu. dari kampung Pahang pukul 4 petang, pukul 10 malam baru sampai KL. 6 jam tu termasuk stop dua kali pergi tandas. Sebab tahu Lanchang dah jem melekat so ambil keputusan ikut Mempaga, so dapat la potong jem dalam 20 minit. Keluar kat karak.
Alhamdulillah selamat dengan jayanya. 

Baca selanjutnya

Masa stop ke tandas kat hentian tol keluar Lanchang bila nak on balik waze dah hilang internet connection. Terus gelabah. Ikut signboard je sudahnya. Stop sekejap tepi jalan dengan harapan Inetrnet stable la, tapi tidak ya. Cuak sebab masa tu dah 6.30petang. kawasan pulak hutan dan kampung.

Memang tawakal habis bila ikut je kereta banyak-banyak kat Jalan raya tu dengan harapan semua nak balik KL. Dalam 20 minit jugak baru ada internet connection semula. Dan seperti yang dijangkakan, elok je beberapa KM nak keluar ke Karak tu memang dah jem melekat.

Tapi tak menyesal ikut jalan situ sebab aman je. Sejuk sebab aku ada nampak gunung/ gua. Tak tahu nama tapi memang cantic view. Kalau jadi penduduk kampung tu mesti best tapi yang tak best bila nak keluar rumah pon jem. Nak pulak musim cuti. Hoi nyampah.

Elok masa jem tu penduduk tempatan jual burger siap bungkus. Kaya rasanya. Jual je makanan simple siap bungkus confirm ramai beli. Tak pun buat kawasan rehat dan tandas. Ada la yang akan stop sebab penat hadap jem.


Apa pun kerja hakiki dah start semula. Maka tabahlah meneruskan kehidupan nak cari pendapatan teruskan kehidupan. Anak pun dah mula sekolah. Semoga dipermudahkan urusan semua pada hari ni ya. 

You May Also Like

0 comments

Entri Popular Bulan ini

SUBSCRIBE NEWLETTER