Blogger Cantik| Idola - www.rodiahamir.com

Love to talk about my Life, Food, Recipe, Parenting, Beauty, Entertainment , & Travel

Breaking

Home Top Ad

Oct 28, 2017

Blogger Cantik| Idola

Assalamualaikum,

Walaupun kerja hakiki adalah seorang executive di syarikat swasta tapi minat 
terhadap penulisan dan juga berkongsi pengalaman/pengetahuan  
dengan orang lain tak pernah padam. 
Pantang ada masa mesti nak menyelit menulis meluah rasa walaupun orang tak ada yang baca.

Kepuasan diri sendiri tu lebih utama.




Pagi-pagi semak balik perancangan dan tips-tips dapat dari sifu-sifu. 
Bila tengok apa mereka buat, memang salute habis. Semua ada plan dan semua timeline. 
Itu baru betul cara orang nak berjaya. Sebenarnya tahu, tapi malas nak buat. 
acaner tu?

Antara blogger yang aku respect dan suka baca perkongsian dia adalah Yuyu Zulaikha  
Start follow dia masa dia baru bersalin rasanya. Sekarang dah anak dua. 
Cara dia tu, penulisan dan cara dia handle keluarga dan business aku admire sangat. 
Second blogger  yang aku follow rapat ialah IrineNadia  
Anak-anak dah la comel tak ingat. Jual Shaklee pun letup-letup.

Apa yang aku simpulkan yang mereka ni:

- Sangat tinggi tahap disiplin. 
- Tak mudah putus asa. 
Tahu apa mereka nak. 

Kadang-kadang terfikir contoh dah ada depan mata, dah disogok dengan ilmu pun. 
Kenapalah masih tak buat. 
Sesuatu sangat kalau dah ada semua tapi tak buat apa-apa.

Semoga Semangat nak berjaya ni berkekalan la. 
Tak kan sampai ke tua masih di takuk lama, masih bimbang pasal duit, 
masih bimbang pasal kerja. Atleast bila dapat improve kehidupan, 
tinggikan sikit ekonomi keluarga dapatlah beribadat dengan aman.

Target sekarang nak melawat rumah Allah sebelum umur 40 tahun. 
Lagi awal lagi bagus. Dengar orang cerita je dah seronok, 
mesti lagi seronok kalau dapat jejak kaki ke sana. 
Tunggu anak besar sikit dan senang nak urus. 
Doakan ye impian aku yang satu tu.