Jawapan Allah Kepada Umat-Nya

“Tuhan”

Orang yang bertuhan berbeza dengan orang yang tidak bertuhan
Orang yang bertuhan sentiasa akan kembali kepada Allah mengadu permasalahan kepada Allah,
Orang yang tidak bertuhan akan mengembalikan segalanya kepada dirinya sendiri sehingga dia putus asa dan kecewa.

“Bersyukur”

Sedikit kamu dapat kamu bersyukur lebih baik daripada kamu dapat banyak tapi tak mampu nak pikul.

“Pertolongan Allah”

Kenapa Allah tak tolong saya?
Kalau kamu tolong Allah, Allah akan tolong kamu. Yang bila Allah tolong kamu maka tidak ada sesiapa yang akan dapat mengalahkan kamu.

Penuhi syarat Allah untuk dapat pertolongan Allah.
Ketulusan Niat kerana Allah adalah menjadi sebab utama datangnya pertolongan Allah.

Tetapi Kalau dalam niat dan jihad itu adanya matlamat duniawi, niat sifatnya selain kerana Allah maka kamu terdedah untuk tidak mendapat pertolongan dari Allah.