Awas! Viral Muffin Gereja Filipina

Assalamulaikum,

Kisahnya tengahari tadi tengok Instagram KakMunah yang popular sebab gambar cantik masak sedap rumah pun lawa. Ada satu gambar dia post pasal makan kat kedai and dia beli Muffin orang jual. Kan biasa nampak orang jual kek, keropok, kerepek bagai kat kedai makan, tepi-tepi bank. Ha itu normal kat Malaysia kan?

Setelah beberapa ketika KakMunah telah meng edit post tadi dan mendelete gambar muffin chocolate dengan description bahawa setelah suaminya menasihati supaya mendelete agar tidak menimbulkan fitnah etc.

Aku pun jadi minah kepochi nak tahu lebih baca la comment-comment yang ada. Rupanya muffin tu ada kaitan dengan kisah Viral Muffin Gereja yang pernah viral kat FB. Apasal aku tak terbaca kisah tu eh?
google image



Lepas tu aku merajinkan diri google, rupanya banyak dah orang share pasal ni. Tertinggal keretapi sungguh la. Kisahnya aku simpulkan aje lah ye, kesahihan wallahualam. Tapi lebih elok la elak dari kau ragu-ragu. Bab makanan masuk jadi darah daging ni kena la jaga betul-betul.

Kebiasaan yang menjual adalah lelaki disyaki berbangsa Melayu tetapi sebenarnya orang Filipina yang menjual Muffin perlbagai perisa kepada orang awam untuk pertubuhan Gereja di Filipina. Modus operasi dia adalah lelaki ni akan keluarkan sekeping kad yang ditulis atasnya hasil jualan Muffin adalah untuk membiayai pelajaran adik dia. RM10 sekotak.  Lelaki ni tak akan bersuara ya, hanya senyum sambil tunjukkan kad tu.

Ada juga yang highlightkan ada bahan-bahan yang tidak boleh dimakan oleh Muslim dimasukkan dalam Muffin tu. seram kan?

Kalau baca blogger lain pernah tulis pasal ni; ada yang kata mereka ni pelancong yang berniaga sambil melancong sambil cari duit poket. Ada yang kata memang khas untuk pertubuhan Gereja la.


Selalu aku kalau beli sebab aku rasa kasihan. Sebab kasihan so beli la walau tak besar pun jumlahnya. Walau apa pun, berhati-hatilah. Macam-macam kan zaman sekarang ni orang nak cari duit.
 
credit fb / google image