Blogger Pinky Momma Kehilangan suami | Salam Takziah


Assalamualaikum,

Tadi masa ber blog walking terbaca satu berita yang amat memilukan. Berita salah seorang blogger yang aku follow blog pinky momma  kehilangan suami pada 3 Nov lalu. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.

Sebab utama kematian tidaklah mama ceritakan secara terperinci, yang menyayat hati adalah arwah telah tinggalkan seorang isteri dan 4 orang anak lelaki. Ada yang kembar pulak tu. Allahuakbar. Luruh hati masa membaca setiap bait kenangan dan tanda-tanda pemergian arwah.

Sedih kan? Orang paling rapat yang kita jumpa hari-hari, yang adalah sebahagian dari kehidupan kita kini dah pergi menghadap Ilahi. Pergi yang tak akan kembali. Perpisahan sementara di dunia yang tak kekal abadi.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Di doakan semoga Mama tabah melalui ujian yang telah Allah aturkan. Sesunguhnya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Hanya yang kuat akan terpilih. 

Semoga anak-anak menjadi penguat mama meneruskan apa yang ditinggalkan arwah.
Setiap kehilangan, setiap yang pergi mengajar kita supaya lebih menghargai apa yang ada di depan mata. 

Hari ini kita rasa kita paling malang, kita yang paling berat di uji tapi sebenarnya masih ramai yang lebih parah lebih perlukan kekuatan berbanding kita.


Sayangi apa yang ada di sekeliling kita, entah sampai bila kita akan berjodoh di dunia sementara.