Makan sedap bahagiakan diri

Assalamualaikum, 

Sengaja nak throwback makanan sedap pernah aku makan supaya memori tercatat kat blog ni. 
Setiap kali tatap setiap kali tu la Terasa nak ulang semula detik-detik nak makan semua makanan ni. 
Siapa suka makan? Jom layan. 



Mee Kari sedap masa makan di gerai dalam entry Genting Stawberry Farm makan time sejuk. Rasa dia pergh memang terangkat. Berebut makan. Kuah dia yang sedap. Sedap tak tahu nak describe macamana. 


Nasi Goreng Udang nama diberi. Nampak pale je kan tapi cukup rasa. makan masa dinner kat salah satu Cafe di Jasin Melaka. Serve cepat dan sedap. Boleh pergi lagi kalau balik Melaka. 


Kuih Favourite masa tengah mengadung ni. Ya Allah lembut dan chewy je bila masuk dalam mulut. Tak over manis. ok meleleh lagi air liur masa tengok ni. Tapau di Cafe Dulang Emas di Taman Melawati. Tempat lepak favourite satu keluarga. 


Makan benda sejuk time panas memang kena sangat la kan. keistimewaan cendol ni dia guna santan sawit. Berbeza rasa dari santan kelapa biasa orang guna. Rasa ringan dan tak muak. abang yang jual ni sangat ramah dan pilihan cendol yang banyak.  ada jagung, kacang merah, durian, mangga, pulut dll.  location dia betul-betul kat traffic light depan 69Islamic Steakhouse dan sangat dekat dengan Melawati Mall. boleh follow FB dia: Cendol Sawit LB


Ni cendol mangga. Berbaloi nak cuba. sedap. 


Tak beli tapi sebab cantik nak masuk juga dalam blog. 


Combination menu yang buat anak bapak dan mak makan tak ingat dunia. 
Pucuk paku masak lemak dengan ikan bilis tu anak-anak kecik suka.