Persediaan Berpantang | Resepi Menu Berpantang

Assalamualaikum, 

Nak share dekat blog takut hilang masa browsing tak lama dulu jumpa satu article dari Majalah Pa Ma  resepi menu berpantang yang aku rasa senang nak suruh suami masakkan. 

Harap bermanfaat. 
kunyit hidup

Sambal Bilis Kunyit

Bahan-bahannya:
100 gm ikan bilis
3 sm kunyit tua dikisar halus
3 sm lempoyang dikisar halus
2 sudu kecil lada hitam
2 sudu minyak untuk menumis


 Cara menyediakannya:

 1. Goreng ikan bilis tanpa minyak.
2. Tumbuk kasar ikan bilis goreng bersama lada hitam.
3. Dengan kuali bersih, tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.
4. Masukkan ikan bilis dan lada hitam yang ditumbuk tadi ke dalam kuali dan gaul rata.
5. Sedia dimakan bersama ulam-ulaman dan nasi panas.


Daging Lada Hitam

Bahan-bahannya:
250 gram daging batang pinang dihiris nipis
1 biji bawang besar (dihiris)
5 ulas bawang putih (dihiris)
2 sudu minyak masak
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin

Cara menyediakannya:
1. Rebus daging dengan api sederhana hingga empuk. Toskan tetapi jangan dibuang air rebusan tadi.
2. Panaskan kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
 3. Masukkan daging, kicap manis dan kicap masin serta lada hitam. Gaul rata dan biar seketika.
 4. Kemudian masukkan sedikit air rebusan dan biarkan sehingga pekat semula agar daging lebih lembut.
5. Taburkan lada hitam dan siap dihidang.


Bawal Kukus Berhalia

Bahan-bahannya:
1 ekor ikan bawal (bersaiz besar)dilumur sedikit garam
150 ml air
2 sudu makan jus limau nipis
3 ulas bawang putih diracik halus
2 sm halia diracik halus

1 biji bawang besar dihiris
1 tangkai daun ketumbar dihiris
10 biji kurma merah
2 sudu makan minyak
2 sudu kecil sos ikan
Garam secukup rasa

Cara menyediakannya:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama halia di dalam kuali.
2. Masukkan air, jus limau, bawang merah, kurma merah dan sos ikan, biarkan mendidih.
3. Masukkan bawal, taburkan sedikit gula dan tutup kuali supaya naik wap. Kecilkan api. Biarkan seketika sehingga bawal masak dan mesra dengan ramuan.
4. Hidang bersama daun salad.


Sawi Putih Tumis Air

Bahan-bahannya:
 20 gram ikan bilis
2 sm halia dihiris
2 ulas bawang putih dihiris halus
5 tangkai sawi putih dipotong
Garam secukup rasa
½ cawan air

 Cara menyediakannya:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama halia di dalam kuali.
2. Masukkan air, ikan bilis dan sawi. Biarkan mendidih sebentar.
3. Tambah garam secukup rasa.
4. Siap dihidang.