Tahniah Fazura dan Fattah Amin Selamat Bertunang


Assalamualaikum,

Yeay so sweet pagi ni tengok semula press conference Fattah Amin & Fazura. 

Suka pasangan ni sangat humble. Fazura tu cantik, bersopan padan la dengan Fattah. 

So far tengok video-video diaorang tak ada lah perasan diaorang ni over or Fazura tu nak gedik-gedik.


Nampak ikhlas sangat dan harapnya berkekalan la. 

Seronoknya terasa bila ada kaitan bila Fattah announced yang couple ni bertunang on my birthday date. 13 November lepas. 

Cantik kan tarikh tuh :) No ganjil semua. 13.11.2017. 

Semoga dipermudahkan segala urusan untuk membina masjid. 


Masa tengok Video atas tu tertengok la juga episod Meletop masa ni Nana dan Iman Muda Asyraf jadi pengacara. Tetamu jemputan adalah #fattzura ni. Oh mai sweet nya yakmat. Soalan cantik, even ustaz and Nana menyakat tapi diaorang tak gedik. Terkinja-kinja. 

Tak kisah la nak cop aku die hard fan pon tapi pastinya bila tengok video diorang aku boleh senyum-senyum bahagia. Terasa aura tu. 

Sama cantik sama padan. Anak mesti comel.