Assalamualaikum,
Nak kongsi pengalaman yang aku rasa penting untuk orang lain jugak sebab baru je berlaku last week kat diri sendiri. Masa tu baru balik kerja dan lepas ambil anak di rumah pengasuh, 7.30 malam.
First
bila tayar pancit jangan panik, cool je. Benda dah jadi. Parking kereta ke tepi
dan keluar untuk periksa tayar.
Jika
anda tahu cara menggantikan tayar dan tayar spare anda masih boleh digunakan
serta alatan membuka tayar mencukupi boleh la cuba untuk gantikan tayar.
Jika
anda tidak tahu dan tiada alatan yang mencukupi:
Anda
boleh hubungi syarikat insurance kereta dan dapatkan bantuan segera. Boleh tunggu
di dalam kereta dan kunci kereta anda. Zaman sekarang bahaya di mana-mana.
Jika
anda ada alatan yang cukup tapi anda tidak ada asas menukar tayar tapi teringin nak cuba anda boleh tengok
cara-cara menukar tayar di You Tube.
Hubungi
dan Minta bantuan rakan baik untuk bantu/teman. Simpan no kecemasan dalam
kereta.
Tips
lain ialah jika kejadian berlaku pada waktu malam dan ditambah pulak hujan, kalau
anda panik dan takut ialah tempah grab/uber/tahan taxi dan balik ke rumah. Tunggu keesokkan hari
untuk hubungi syarikat insurance atau workshop berhampiran. Kebanyakkan workshop
tutup pada pukul 7/8 malam. Jangan lupa lock kereta anda dan berdoa selamat.
Selalulah
periksa keadaan tayar spare dan alatan yang diperlukan. Amat-amat penting untuk
pastikan barang-barang ni dalam keadaan baik. Malang tidak berbau, dan cegah
sebelum parah.
Tips Tambahan:
pastikan bateri telefon bimbit anda mencukupi dan jangan bazirkan bateri main
game di waktu petang bila balik dari kerja. Pentingnya ada powerbank. Itu pengalaman
sendiri. Ngeri kalau nak buat panggilan kecemasan tapi handphone tak ada
bateri.