Baju T Mr Pilot dari AirAsia & Jom Sokong MAKNA


Air Asia Campaign

Assalamualaikum, 

Nak tahu tak yang “Statistik kematian akibat kanser di peringkat global amat membimbangkan tetapi apa yang lebih membimbangkan adalah satu daripada empat rakyat Malaysia berisiko untuk menghidap kanser.

Seram kan dengar. Kalau dulu jarang sangat dengar tentang Kanser ni, tapi sekarang penyakit kanser tu dah jadi sakit yang biasa orang kena. Sedih kalau baca pengalaman waris-waris yang masih hidup berjuang selepas pemergian orang yang tersayang menghidap kanser. Apatah lagi yang memang kanser fighter macam seorang blogger yang aku kenal ni Dayang Deno. 

Dan kali ni AirAsia meneruskan kerjasama dengan MAKNA bagi mengumpul dana dan memupuk kesedaran mengenai kanser melalui program #AirAsiaMAKNA: Rebel with a cause,’. 

AirAsia telah melancarkan penjualan baju-t edisi terhad dengan rekaan juruterbang dan kru kabin yang berharga RM30 (Kanak-kanak dan dewasa) yang mana hasilnya disalurkan kepada MAKNA. Aku dah ada satu dapat masa attend event AirAsia & Kidzania hari tu. Serius Cantik dan kain berkualiti. 

Kalau berminat nak dapatkan Tshirt ni boleh beli secara online di website FashionValet (https://www.fashionvalet.com/brands/1051/airasiamakna) serta butik mereka di Pavilion dan Bangsar Village II atau di laman web MAKNA (https://makna.org.my/airasiamakna/)

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini dan lokasi untuk membeli baju-t tersebut, sila layari airasia.com/airasiamakna. Tak besar mana pun RM 30 jika nak dibandingkan dengan pertolongan yang bakal kita beri pada mereka yang betul-betul memerlukan. 



Ini model hensem tak berbayar pakai size S ya. Sedang elok untuk badan suami yang agak comel ini.