GIVEWAY #1 NEW YEAR 2018 BY CIKYAN - www.rodiahamir.com

Love to talk about my Life, Food, Recipe, Parenting, Beauty, Entertainment , & Travel

Breaking

Home Top Ad

Dec 28, 2017

GIVEWAY #1 NEW YEAR 2018 BY CIKYAN

Assalamualaikum,

Malam-malam baru ada masa nak jenguk blog kawan-kawan.

Tapi malam ni adalah khas untuk Kawan-kawan blogger baru.

Dan entry ni khas untuk penyertaan Blog CikYan, sebab tuan rumah jemput untuk join first GA dia buat. Chaiyok CikYan.

Salam perkenalan dari blog Rodiah Amir.

ANtara syarat nak join GA ni kena buat short review Blog CikYan, walau aku non teror nak review tapi cuba sebaik mungkin.

First impression masa blogwalking je dah nampak gambar bunga as background, sah CikYan seorang yang agak lembut jiwanya, romantik, dan sangat pentingkan orang yang dia sayang (baca status dia :)) Rasanya paham sangat bila CikYan letak status - Family jadi priority. Nak pulak untuk orang yang pernah rasai pengalaman kehilangan ibu/ayah/ahli keluarga. 

Masa arwah abah meninggal tahun 2010, aku jadi lebih sensitif dengan kehilangan dan aku mula hargai orang sekeliling. Fobia dan trauma kalau tak dapat buat yang terbaik untuk mereka. 

Kalau ikut personaliti, sesiapa yang suka bunga Tulip ni adalah orang yang sentiasa  ingin jadi yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukan. 

Kalau baca entry-entry CikYan dapat agak personaliti CikYan ni jenis caring, Penulisan pun ikhlas dari hati. CikYan rajin join GA, sama macam aku lol.

Itu je kot boleh boleh comment sebab nak comment dari segi teknikal, aku tak pandai pun. Bagus blog tak berat sebab tak banyak widget. Cepat je loading.

Cuma kalau untuk improvement boleh guna kaler background lebih lembut, lebih tenang. Nak guna bunga tapi maybe boleh limitkan. Banyak camtu jadi pening.

Sekadar pendapat ya. 

Syarat lain kena share apa Azam 2018; 

Untuk aku yang banyak kali ber azam dan selalu tak penuhi azam jadi aku continue azam tahun lepas: 

1. Nak majukan business online yang sedia ada
2. Cantikkan diri dan kurus
3. Tambah ilmu akhirat
4. Breastfeed anak ketiga soon, In Sha Allah sehingga 2 tahun. 
5. Gembirakan mak. 


Okeh itu jela aku membebel. Selamat berjaya untuk yang join okeh. 

11 comments:

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.