Jadi Isteri Kedua


Assalamualaikum,

Terbaca tentang kisah perkahwinan kali kedua , Izreen Azminda yang telah didedahkan oleh bukan diri sendiri atau sang suami tapi diberitahu kepada umum oleh isteri pertama. Dapat bayangkan tak kenapa si isteri berbuat demikian. 

Walaupun hujung-hujung statement isteri tu katanya redha dan mengaku mungkin dia banyak kelemahan sehingga suami ambil keputusan berkahwin lain. Tapi perasaan sedih, kecewa, dan mungkin malu tu memang semua orang boleh rasa.


Ini sebab jadi kepada artis. Sebab tu heboh dan impak lagi besar. Lagi banyak netizen kecam dan cop perampas. Sentiasa akan salahkan yang kedua, kenapa isteri kedua targetnya suami orang? kenapa tak cari yang duda mahupun yang masih single. Dan akan ramai yang bersimpati sambil tambah akaun dosa.

Berbakul-bakul cacian keluar dan netizen berdendam konon akan hapuskan golongan perampas. Dan realitinya Suami dan para isteri semakin hari semakin baik hubungan. Mengejar syurga. Aku tak mahu comment bab perampas ke perosak rumah tangga. 

Dari mula aku kahwin aku dah masukkan dalam otak yang suami ni hati dia mampu dipegang Allah sahaja. Andai kata aku di uji perkahwinan sebegitu yang aku minta dijauhkan aku hanya minta kekuatan untuk berfikiran rasional dan kuat.

Dalam kes Izreen ni, kalau alasan si suami nak tambah zuriat, dia dah ada 2 orang anak yang berusia  (3 tahun & 11 bulan). Bersangka baik dia nak lebih dari tu. Mana tahu nanti jadi macam pasangan Asrah Muslim. Ha bahagia kan?

Kita tak tahu jalan cerita mereka, apa isi hati mereka. Kita tahu bila dah meletup , terbongkar begitu sahaja. Apa pun mereka buat, mendirikan masjid adalah perkara yang tidak salah di sisi agama. Ingat senang proses nak kahwin kali kedua? 

ingat pejabat agama sewenangnya melepaskan si suami untuk menambah cawangan? Bila mereka (pasangan) sanggup nak nak mendirikan perkahwinan dan jadi yang kedua makanya mereka sanggup nak tempuh cabaran dan kejian. dan sang suami memang mampu dari segi pendapatan la tuh. (of cos setelah di sahkan oleh pejabat agama).

Aku tahu serba sedikit sebab aku ada kawan yang telah lalui proses ni. Tahu perjalanan proses menghalalkan bila kawan menceritakan keluh kesah kesusahan tu. Aku hormati keputusan kawan yang bersedia nak jadi yang kedua. Bersedia nak berkongsi kasih sayang. Hari-hari aku pasakkan supaya hati tu bersih dan hormat kan isteri pertama.

Jangan kita terlalu mudah jatuhkan hukuman sedangkan kita bukan berada di tempat mereka. Setiap apa yang Allah aturkan pasti ada hikmahnya.

*gambar ehsan google image