Selamat Pengantin Baru Fattzura


Assalamualaikum,

Alahai walau lambat dan orang kata dan jadi pengantin lama pun tapi akak still nak upload kisah perkahwinan pasangan sweet yang akak rasa macam kisah fairy tale sangat. dua-dua cantik dan sepadan. 

Adududu setiap kali Nampak gambar pasangan ni Ya Allah rasa sangat gembira. Perasaan yang tak dibuat-buat. ok anda boleh kata akak over. Tapi pedulik la. hahahhahah


Akak memang minat gila dengan Fazura. Suka cara dia berlakon, imej dia etc. Cerita yang mula-mula akak start jatuh cinta dengan dia ialah cerita Gol & Gincu. Manja tapi tak gedik. 

Bab social akak rasa dia masih mampu menjaga diri. So rating dia di mata akak masih lagi 5 *. Nak pulak dia orang Pahang. lagi la akak sokong. Sedarah senegeri. eh sangat ni.

Si Fattah Amin pulak. hurmm. Tak ada la kata minat sangat, nak kata tak minat pun idokla. Dia tak buat aksi menjengkelkan kira cukup la. 

Tapi Nampak la beza masa dia digospikan dengan Neelofa dulu dengan Isteri dia sekarang. Bagai langit dan bumi. Kalau dulu kalau keluar je news pasal gossip dia akak rasa meluat. boleh? hahahhaha

Semalam tengok Instagram, pasangan ni hadiri Majlis Walimatusurus mungkin kenalan rapat/saudara. Yang si suami pegang tangan isteri tak lepas ok. Senyuman tak lekang. 

Nak pulak Fazura ni bertudung masa datang majlis tu. Alahai bertambah manis dan serinya. Memang Islam tu dah ajar benda yang betul pun. Tutuplah aibmu, jagalah auratmu.

Apa pun semoga mereka berdua dapat dijadikan tauladan untuk peminat-peminat mereka ni. Yelah, dua-dua nama besar. Besar juga impak dan pengaruh untuk anak muda. 

Semoga pasangan ni berbahagia sehingga ke Syurga.
Akak tak janji ni entry last pasal mereka. ahaks. So jangan bosan ok. Muahahhaha. 

 *gambar google image