Pelajar Pecah Kepala Dihempap Kerusi

Image credit Astro Awani
Assalamualaikum,

Walau berita ni dah agak sejuk tapi masih nak menulis pasal berita sedih kematian seorang pelajar. Bayangkan itu adalah salah seorang ahli keluarga kita. Nauzubillah.

Sedih dan ketar-ketar baca berita tentang seorang pelajar berusia 15 tahun maut di tempat kejadian apabila terlibat dalam kemalangan di kawasan rumah sendiri.  Kejadian berlaku di Flat PPR Seri Pantai,  Pantai Dalam.

Dipercayai mangsa cedera parah selepas sebuah kerusi yang dicampak oleh individu tak bertanggungjawab dan terkena mangsa.

Ikut pembacaan, hancur kepala keluar otak. Astagfirullah. Ibu mangsa yang melihat mayat anaknya hanya mampu menjerit meminta pertolongan dan tak mampu nak buat apa-apa.

Satu perkataan untuk individu tak bertanggung jawab tu ialah “BODOH”.  Kecuaian dan sikap dia mengakibatkan kematian orang lain. Ya ajal dan takdir memainkan peranan tapi tak boleh gunakan alasan itu nak melepaskan diri dari hukuman.

Aku pun pernah duduk di Flat jadi aku paham la serba sedikit attitude mereka. Aku tak judge semua tapi kebanyakkan mereka memang ada masalah lepas tangan bab menjaga kebersihan, menjaga keamanan tempat tinggal dan bab keselamatan.

Stay di flat yang ada berbelas tingkat memang bukan pilihan aku, paling tinggi dan paling lama aku stay adalah flat 5 tingkat di Wangsamaju. Duduk lepas graduate sehingga anak seorang. Banyak kenangan pahit manis di flat tu. bukanlah semuanya teruk cuma kena bijak memilih kejiranan.

Paham untuk mereka yang tak ada pilihan, dengan keadaan ekonomi dan kos kehidupan yang semakin hari semakin  tinggi, sesuatu perlu dilakukan. Budaya kebersihan, budaya sayangkan jiran, tanggungjawab tu semakin hari semakin pupus.


Campur tangan pemaju/ kerajaan juga penting. Mereka paling berkuasa. Aku percaya mereka mampu buat sesuatu. Pendidikan dari rumah juga harus ditekankan. Semua pihak kena mainkan peranan penting, bermula dengan didikan “jangan membuang sampah merata-rata”. 

2 comments:

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.