Drama Lafazkan Kalimah Cintamu

Rodiah Amir
6

Drama Lafazkan Kalimah Cintamu

Aku ni kalau tengok cerita kat Astro memang akan pilih channel Masak memasak, Say Yes To the Dress, NCIS dan of course Drama Melayu jadi pilihan last sekali. Bukan apa aku rasa drama Melayu ni bosan asyik la cerita anak orang kaya hensem kena paksa kahwin. Berepisod panjang pula tu.

Tapi semenjak terpaut dengan Drama Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan Nelydia Senrose dan Farid kamil terus melekat follow setiap episod. Hero dan heroin bukan favourite tapi sebab jalan cerita dan keberkesanan watak yang mereka bawa tu yang buat aku follow je cerita ni. Suami pun terlibat sekali.




Best Ke Drama Lafazkan Kalimah Cintamu?


Benda pertama yang buat aku suka Drama ni ialah lagu soundtrack dia guna lagu lama Dato’ Siti Nurhaliza – Kesilapanku Keegoanmu. Drama ni juga merupakan adaptasi dari novel yang ditulis oleh: Siti Rosmizah Semail. Dah lama aku tak membaca Novel. Masa bujang dulu selalu la juga. Dah ada anak ni nak pegang buku macam limited sangat masa.

Drama ni kelakar bila si Nelydia ni suka sangat make up over lepas tu pakai rambut palsu macam nak tutup kecantikkan dia. Selamba je datang office dan keluar pakai macam tu. Confident habis. Tak sabar nak tunggu Hero and Heroin bahagia bersama dan Pak Engku tu sedar yang dia dah lama berdosa dengan anak dia, Tengku Aqilah.

Dalam Drama ni ada Adibah Noor jadi maid Tengku Hisham so aku rasa macam fresh sangat bila dia suntik watak orang gaji yang boleh melawan cakap tuan rumah. Kelakar pun ada. 

Jom baca lah synopsis dia bawah ni:  Sinopsis dari sini: myinfo

SINOPSIS LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar di Syarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?

Tags

Catat Ulasan

6Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Husniey belum layan lagi drama ni.. tapi rasa macam baru nak start juga ni, selalunya tonton online jela.. hehe kat umah ni takde astro ria.. Just pasang njoi je 😁

    Macam best je

    BalasPadam
  2. ray x mminat sgt drama. tp kalau betul, best ray tgk la jugak

    BalasPadam
  3. Duk tengok kat insta FK je, saya takda astro, hehehe.Pasrahh...

    BalasPadam
  4. tengku aqilah mati last episod

    BalasPadam
  5. tengku aqilah mati last episod

    BalasPadam
Catat Ulasan