Jom Jadi Lebih Baik - www.rodiahamir.com

Love to talk about my Life, Food, Recipe, Parenting, Beauty, Entertainment , & Travel

Breaking

Home Top Ad

Feb 1, 2018

Jom Jadi Lebih Baik



Assalamualaikum, 

Sempena masuk tahun baru 2018, aku berazam nak upgrade cara penulisan dan content untuk blog. Dah lama sangat aku sekadar berkongsi tapi aku rasa aku tak berapa nak faham apa yang aku kongsi.

Bila aku berkongsi even perkara yang baik aku rasa sangsi takut digelar riak atau meninggi diri. Tapi kali ni aku nak lebih focus dan berfikir yang positive sahaja. In sha Allah. Semoga yang membaca dapat manfaat.

Aku ada terbaca satu artikel di Facebook awal tahun dulu, apa yang dia kongsikan menjadi satu inspirasi untuk aku berkongsi pula tentang ni di blog. 

Kalau tengok entry aku banyak berkisar pasal tempat makan, tips mak bapak membesarkan anak, dan tentang isu semasa. Harapnya memberi manfaat kepada si pembaca la.

Apa yang cuba aku nak ubah???

Aku suka kongsi tentang makanan sedap.  Jadi selepas ini jika aku pergi tempat makan yang sedap aku akan share lokasi, harga dan tolong promote tempat tu supaya mudah orang mencari.

Aku nak kongsi perkara yang baik-baik sahaja. Andai kata ada perkara yang kurang berkenan di hati aku memilih nak tegur di alam realiti sama ada letak note di suggestion box atau email sahaja. Aku belajar dari pengalaman takut salah menilai.

Aku suka mencuba resepi; kalau sebelum ni aku hanya focus tentang how to cook, lepas ni aku patut highlight sekali do and dont. Sebab kebanyakkan resepi aku share dekat blog adalah setelah beberapa kali percubaan. Lepas banyak kali membazir dan menemui kegagalan. Sekurang-kurangnya dengan memberi tips tak ada lah orang merasa kecewa macam pernah aku rasa.

Aku nak cuba berblog walking sekerap yang boleh. Aku tak nak jadi kera sumbang. Nak tambah ilmu dan pengalaman. Tahun sebelumnya aku tak yakin nak bertegur sapa mahu pun join contest. Paling penting tak jadi blogger syok sendiri. aamiin.

6 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih sudi singgah. Nanti saya balas singgahan awak

      Delete
  2. Husniey doakan moga berhasil apa yang diimpikan ya kak diah 🌸

    ReplyDelete
  3. Semoga berjaya mencapai impian sis.. Teruskan berblog..

    ReplyDelete
  4. jom jadikan blog sebagai sungai pahala... yang sentiasa mengalir kala kita masih di sini atau sudah ke alam sana.

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.