Suratan atau Kebetulan - www.rodiahamir.com

Lifestyle & Food Blogger. Sharing about Parenting, tutorial, Beauty Tips, Entertainment &; Nice place

Breaking

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Feb 21, 2018

Suratan atau Kebetulan

Gambar City

Macamana nak mula eh entry kali ni, taip padam dan taip lagi. Tapi still tak puas hati. Betullah apa yang di kata Allah tak akan buat sesuatu tanpa sebab. Tiada ‘kebetulan’ pun dalam dunia ni, semua ada alasan dan hikmahnya. Allah temukan seseorang dalam landasan hidup orang lain adalah bersebab. Samaada sebagai satu teguran atau petunjuk untuk jalan keluar dari kepompong kebiasaan. 


Baru habis blogwalking di satu blog ni, tak ingat bila aku follow tapi pastinya memang kawan baru. Tertarik dengan entry dia kongsi on flatlay tips la. Penulisan dia menyentuh jiwa aku. Dan entry lain juga yang buat aku terfikir tentang diri aku. How to improve yada yada. In a positive way la. 

Selama ni banyak betul alasan aku bagi untuk diri sendiri. Banyak kelemahan aku akui tapi nak fix atau take a big step ya ampun ada berjuta alasan aku sediakan untuk sedapkan hati sendiri. Bertangguh. Postponed dan akhirnya lenyap di bawa arus. Lepas tu sedih hidup masih di takuk yang sama. 

Dulu aku minat membaca, sungguh lepas membaca otak aku begitu berkembang pesat. Lepas banyak komitmen minat dan masa tu hilang. See alasan lagi untuk diri sendiri. Betapa banyak buku aku beli dan balut tapi masih belum disentuh. Susun je dekat rak tunggu ada masa nak dibaca. Suami memang bising tapi pekakkan telinga. 

Apa aku belajar pagi ni, (aku dapat ilham pada pukul 3:37pagi sebab anak bangun nak menyusu) perkara yang menghalang kita untuk berjaya adalah diri sendiri. Jadi kena bangun lawan diri sendiri dulu. Patutlah ada kata-kata yang popular dalam cerita cinta, “belajar cintai diri sendiri sebelum mula mencintai orang lain” dah kena batang hidung baru la paham maksudnya. Khatamkan belajar tentang diri sendiri dahulu. How to handle, how to tackle. 

Semoga semangat ni tidaklah hangat-hangat taik ayam. Rasanya Allah dah bagi banyak sign tapi aku je yang masih butakan mata pekakkan telinga. Untuk diri sendiri; di doakan kau mampu atasi dan belajar apa yang Allah cuba sampaikan. 

Buena Suerta Rodiah. 

6 comments:

  1. kalau tips flatlay ni kenal siqahiqa je tapi maybe ada blogger lain kot hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihiih Siqahiqa adalah antara blogger yang memberi inspirasi jugak

      Delete
  2. Bangunlah daripada mimpi yang panjang.
    Semoga dipermudahkan mengorak langkah.

    ReplyDelete
  3. chaiyok rodiah !
    jgn tgk belakang, moving forward !

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.