Tudung dan kelab malam

Neelofa scarft

Terkedu bila baca tajuk artikel yang tengah viral sekarang. Pelancaran tudung di Kelab Malam?

What???

Apa mesej yang cuba artis/usahawan/ idola bagi sesetengah orang (pastinya bukan aku) ni cuba sampaikan?

Gadis bertudung boleh buat apa sahaja?
Bertudung bukan penghalang berseronok? 
Berhibur di Kelab malam adalah budaya? 
Mengislamkan Kelab Malam?

Marah. Memang aku marah. Kecewa.

Neelofa berkata, kelab malam itu dipilih kerana sesuai dengan tema dan bajet acara yang dianjurkannya.

"Saya membuat keputusan untuk tidak mempedulikan lagi kritikan orang ramai berhubung mana-mana perkara, yang penting saya tahu apa yang dilakukan.

"Lokasi dipilih sesuai dengan tema selepas menyenarai pendek beberapa tempat. Kalau pilih tempat lain, saya perlu keluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema.

Sumber Berita Harian Online. 

What the fish. Ko buat je la launching kat hotel ke, butik kau ke?
Dulu kau sebarkan baby 6 bulan boleh makan supplement.
Sekarang isu kelab Malam pula. Apa la jawapan kau pulak.

Kenapa nak kotorkan imej wanita yang sedaya upaya jaga aurat, yang pakai tudung. Ya, akan ada kata-kata keji: memang tak semestinya wanita pakai tudung wanita yang baik, dia yang masuk syurga. Tiada cacat cela. Tapi, yang menjaga aurat tu sekurangnya dia mempertahankan, menjaga, mencuba dan berjuang habis-habisan menjaga maruahnya.

Please jangan burukkan daN tambahkan lagi kelemahan wanita yang bertudung. Jangan rosakkan imej wanita yang terang-terangan setiap hari berjuang menutup aurat.

Yang pasti bila wujudnya individu macam ni, yang sah-sah mengingkari hukum Tuhan yang kononnya cuba keluar dari kotak kebiasaan akan melahirkan beratus malah beribu atau lebih golongan-golongan yang cuba meniru. Mungkin lepas ni pelancaran telekung pula di kelab malam? Tak mustahil.

Dan syaitan pu n bertepuk tangan.

Tertarik dengan artikel Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar: 

Betapa jauhnya wanita Muslim kini dari prinsip dan falsafah sebenar kita memakai hijab. Hijab adalah identiti yang berkembar rapat dengan TAQWA , identiti kita sebagai wanita Muslim, yang sepatutnya menjauhi tempat - tempat maksiat, seperti kelab malam, apatah lagi The Zouk yang pernah mengundang berbagai kontroversi kerana penangkapan artis Muslim yang minum arak, dan pertandingan ratu cantik melibatkan peserta Islam suatu masa dahulu.

Adakah difikirkan pelancaran hijab itu, boleh mengIslamkan entiti kelab malam seperti The Zouk
atau

sebenarnya normalisasi yang sedang berjalan bahawa wanita Muslim yang bertudung juga sudah bebas boleh mengunjungi kelab malam?

Alasan yang diberikan adalah tema dan kos penajaaan yang murah? Bukankah terlalu banyak tempat lain yang boleh dipilih yang lebih sederhana kosnya? Yang lebih mulia?

Betul, jangan difikirkan kata - kata orang, namun mohon Neelofa rujuklah semula Ayat-Ayat Al-QuranNya berkenaan hijab dan menghayati semula pesanan Allah SWT. Semoga Allah SWT melindungi kita dari fitnah akhir zaman ini.

Hendaknya menutup seluruh tubuh dan tidak menampakkan anggota tubuh sedikit pun, selain yang dikecualikan karena Allah berfirman, “Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dada mereka dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang biasa nampak.” (An-Nuur: 31)
Allah Subhannahu wa Ta’ala,“Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.” (Al Ahzab :59).

Wahai istri-istri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.” (QS.Al-Ahzab : 32)

Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan (bertingkah laku) seperti orang-orang jahiliah dahulu. (QS.Al-Ahzab : 33)Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (istri-istri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir. (Cara) yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka. (QS. Al-Ahzab : 53)

1 comment:

  1. Aku tak nak baca content..... tp kenyataan dia, "Saya tak peduli kata kata orang", aku rasa dia kena peduli... kita rakyat Malaysia yang beragama Islam kan. Walaubagaimanapun, masih tidak terlewat untuk meminta maaf diatas kesilapan, kot lahh kalau silap dan kalau nak lahhh.

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.