Dato’ Sri Siti Nurhaliza Selamat Bersalin - www.rodiahamir.com

Lifestyle & Food Blogger. Sharing about Parenting, tutorial, Beauty Tips, Entertainment &; Nice place

Breaking

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Mar 19, 2018

Dato’ Sri Siti Nurhaliza Selamat Bersalin

Alhamdulillah, tahniah di ucapkan buat pasangan; TokTi dan Tok K kerana akhirnya cahaya mata yang dinantikan telah selamat dilahirkan ke dunia. Bukan keluarga Tok Ti yang je tunggu, peminat satu dunia pun excited nak tengok baby. 

Selamat datang ke dunia ibu bapa. 

Kenyataan Rasmi dari page FB Siti Nurhaliza: 

Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi.

Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan. 
Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.

Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat.

Siti dan suami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan.

Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.

Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya. -Rozi Abdul Razak, Pengurus

1 comment:

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.