Juara Bintang Mencari Bintang | TV3

Siapa tengok Rancangan Realiti Bintang Mencari Bintang?

Kebiasaannya, Aku akan tengok kalau kebetulan dah memang tak ada cerita menarik atau sang suami yang pegang remote TV. Aku memang sejenis perangai tak boleh tahan nak tengok pelawak buat lawak yang tak lawak sangat. Rasa macam tak boleh digest. ahhahah.

Rupanya dah sampai final eh, sempat tengok persembahan Mark Adam, Syuk dengan Achey je. Tengok persembahan Ajak tak sampai separuh pun. Not bad la persembahan masing-masing. Ada la part aku gelak.

Dan akhirnya Takhta jadi milik Mark Adam. Dapat dia 100ribu. Rezeki. Rasanya dia memang suka selitkan unsur sedih (tentang mak dia) dalam persembahan. Lawak dia pun boleh tahan la. Final dia jemput Khir Rahman. So nampak la sisi lain Khir Rahman pun boleh melawak.

Overall lawak yang dipersembahkan tak la hambar sangat. Good Job.

3 comments:

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.