Siti Aafiyah ubati penantian 18 tahun Dato’ K - www.rodiahamir.com

Love to talk about my Life, Food, Recipe, Parenting, Beauty, Entertainment , & Travel

Breaking

Home Top Ad

Mar 31, 2018

Siti Aafiyah ubati penantian 18 tahun Dato’ K

Assalamualaikum,

Tadi terbaca tentang anak penyanyi No 1 negara tak lain tak bukan, Dato Siti lah. Baby comel si pipi merah yang diberi nama Siti Aafiyah. Sweet sangat.

Khabarnya nama tu diambil setelah mendapat ilham ketika Dato berada di tanah suci.

Baby yang di tunggu-tunggu oleh kaum keluarga dan semua peminat. Penantian berbelas tahun akhirnya berbalas.

Alhamdulillah dengan izin Allah merasa Tok Ti menjadi ibu. 11 tahun lamanya berusaha tanpa putus asa dan relaks je menghadapi tekanan sekeliling. Salute untuk Tok Ti dan Tok K.

Termakbul doa Tok K nak menimang cahaya mata perempuan setelah 18 tahun berdoa.


Bila bercerita bab anak ni memang sebak. Ramai je kawan-kawan yang masih gigih berusaha nak dapatkan cahaya mata. Macam-macam petua dah amalkan, ikhtiar perubatan moden semua dah buat.

Berapa banyak wang dan masa dah dilaburkan; tapi Allah belum tunaikan sebab belum masanya. Positif ok. Kak Diah doakan hasrat awak yang inginkan zuriat sendiri dimakbulkan Allah.

Beruntungnya Siti Aafiyah dilahirkan kedunia ramai yang sayang. Tak cukup dengan tu rasanya dah ramai ibu mertua cop nak dijadikan bakal menantu. Wkakakakka.

Nama Siti Aafiyah dipilih adalah kerana maksud nama tu sendiri. Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menyatakan "Pengertian ‘afiah dalam Islam luas cakupannya luas baik di dunia, mahupun di akhirat.

"Secara umumnya, ‘afiah adalah perlindungan Allah SWT bagi hamba-Nya daripada pelbagai penyakit dan bencana yang telah berlalu, mahupun akan datang, di dunia dan akhirat.

"Maka, orang yang mendapatkan kurnia ‘afiah, maka dia telah mendapat kebaikan yang sempurna,"

Di doakan membesar dengan sihat, menjadi anak solehah dan sentiasa menjaga nama baik keluarga. Bukan senang nak jadi anak Siti Nurhaliza.

1 comment:

  1. rezeki dpt anakni kita memang tak tahu..adayang dapat awalada yang lambat.. liez sendirinak masuk 3thn usia perkahwinan baru dapat baby. bersyukur sgt sbb ALLAH beri peluang untuk Liez mengandung. kena bersangka baik dengan ALLAH SWT

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.