Dukun Cerita Seram Yang Dinantikan


Assalamualaikum,

Alahai siot je kan malam-malam buta dapat idea mencurah-curah ke ladang gandum nak update blog. Baru je aritu sibuk dekat FB orang share benda seram pasal Perempuan pakai Kebaya Merah. 

Aku tak tengok langsung, siap hide dekat timeline. Punya la penakut. Walhal gambar belakang perempuan berkebaya merah di tengah jalan waktu malam. Gelap. 

Lepas beberapa hari keluar baru tahu siapa identity sebenar si Kebaya Merah. Rupa-rupanya  Fazura sebab nak promote cerita hantu lakonan dia. Kesahihan wallahualam. 

Lepas sejuk sikit pasal Kebaya Merah keluar pulak teaser cerita seram paling ditunggu-tunggu rakyat Malaysia. Tak lain tak bukan cerita Dukun lakonan pelakon berbakat Umi Aida yang membawa watak Bomoh, Mona Fandey. 

Uih nak kupas lebih mendalam pun seram. Sambil type sambil jenguk belakang dua tiga kali. Hampes betul. 

Kontroversi Cerita Dukun

Cerita ni adalah berdasarkan kisah yang benar-benar berlaku. Kisah Pembunuhan ahli politik Malaysia, Datuk Mazlan Idris. Dulu pernah baca katanya cerita telah di gam oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) tapi LPF menafikan dan dah lama pun dia luluskan iaitu Disember 2006. 

Sebanyak lima aksi berunsur ganas dan khurafat telah dipotong dan di klasifikasi P13 kepada filem Dukun. Filem yang ditunggu-tunggu kemunculannya selepas 12 tahun. 

Filem dilabel P13 dikategorikan mengandungi unsur seram, menakutkan, adegan atau aksi negatif, suspen dan mengejutkan tetapi tidak berlebihan; jalan cerita yang sukar difahami serta unsur yang boleh mengganggu emosi kanak-kanak.

Pesan akak kalau tak cukup berani macam akak kita tunggu jela synopsis atau pun review orang ye. Hahhahah. Nak ajak pergi tengok atau nak subscribe dekat Astro First/Best memang tidakla aku izinkan kat rumah ni. 

Cerita ni dibawah arahan Dain Said  akan menemui penonton pada Khamis, 5 April 2018. Nanti siapa yang dah tengok sila share pendapat anda ya, akak excited nak baca pengalaman awak. Tak mustahil kan cerita ni boleh pecah panggung atau cerita paling seram 2018.

Barisan Pelakon: 

Umie Aida sebagai Diana Dahlan, 
(Watak Utama; Pembunuh dan memegang watak  Mona Fandey)
Adlin Aman Ramlie sebagai Mangsa
Faizal Hussein sebagai Karim
Ramli Hassan sebagai Daud
Nam Ron sebagai Investigating Officer Talib
Bront Palarae sebagai Shah
Hasnul Rahmat sebagai Danni
Awaa Vanja sebagai Sara
Elyana sebagai Nadia
Sofi Jikan sebagai Fadzli

2 comments:

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.