Masak Rendang Crispy MasterChef UK - www.rodiahamir.com

Lifestyle & Food Blogger. Sharing about Parenting, tutorial, Beauty Tips, Entertainment &; Nice place

Breaking

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Apr 4, 2018

Masak Rendang Crispy MasterChef UK


Chicken Rendang



Assalamualaikum,
Kerana santan pulut binasa,
Kerana mulut badan binasa.

Ha kau berpantun dah Kak Diah malam-malam ni lepas baca pasal kecaman rakyat Nusantara (Malaysia, Indonesia, Brunie dan juga Thailand) terhadap Chef Selebriti UK, John Torade. Netizen dari Malaysia dan juga Indonesia telah bersatu hati membawang pasal comment yang dilemparkan oleh John tentang RENDANG. 

Rendang Crispy menjadi Trending selepas John Torode komen pasal rendang yang telah dimasak oleh Zaleha Kadir Olpin iaitu peserta Malaysia yang bertanding dalam Masterchef UK. Dia masak Nasi lemak Rendang ayam. So John kata ayam dia kena crispy..eh..kau kenapa. 

Jangan cari pasal dengan netizen Asia, terutama rakyat Malaysia. Habis pedih kau kena bawang. Dan dengan Kak Diah sekali terpalit nak join bawangkan si John Torode.

Masterchef UK buat lawak

Memang favourite kami anak beranak tengok channel masak memasak kat Astro, pernah juga tengok rancangan masak si John ni dia masak dekat kampung Negeri Sembilan, tapi tak la hebat mana. Skill mengacara dan memasak tu tak sampai la buat penonton nak cuba resepi dia tunjuk.

Masa tu dia masak dengan seorang makcik, gulai ke kari apa tah. Makcik tu macam segan-segan,walhal si John tu biasa-biasa saja. Tapi sebab dia berkulit putih dan dah memang sejak azali pemikiran kita rasa orang kulit putih ni terror, hebat sangat sampai makcik tu macam terkulat-kulat di sisi John.

Back to his comment, dia kata sepatutnya kulit ayam tu kena garing. What the fish John, macamana nak buat kulit dia crispy kalau dah masak lama atas kuali lepas tu dengan santan kerisik bagai. Oily la woi. Eh ke dia hebat sangat masak rendang kulit crispy ni. Acer tunjuk la. Boleh akak cuba jugak.

Jadi lagi parah bila netizen kutuk dia, dia up status menganjing netizen dan kaitkan dengan Rendang Indonesia lepas tu type Namaste. Aisehh kekeliruan budaya sungguh. Ni la yang dikatakan terlajak dungu. Baik diam dari mengarut tak tentu pasal.

Tak tahu la kan kalau ni part of marketing strategy Masterchef nak promote rancangan dia. Buat benda yang menaikkan kemarahan netizen confirm viral confirm letup-letup.

rendang Rangup

Apa pun moral nya, tak kisah siapa pun kita; cuba lah belajar saling menghormati each other. Hormati budaya masyarakat lain. Lain benua lain budaya. Kalau dah kena tegur tu mengaku je la salah kan? Jangan terus menerus mempamerkan kebodohan yang tak seberapa.

Orang kata biar muka tak lawa tapi perangai tip top daripada muka dah la tak berapa nak ada ditambah perangai bodoh sombong. Memang cukup pakej nak kena pijak ramai-ramai.
Dah tak pasal-pasal skuad makcik bawang kena bertugas nak sedarkan John Torode yang Rendang ayam tak akan crispy kulitnya.

1 comment:

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.