TMJ Belanja Rakyat - www.rodiahamir.com

Love to talk about my Life, Food, Recipe, Parenting, Beauty, Entertainment , & Travel

Breaking

Home Top Ad

Apr 14, 2018

TMJ Belanja Rakyat

Tunku Mahkota Johor Shopping TMJ

Assalamualaikum,

Alahai rasa terharu sangat dengan tindakan Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang telah bermurah hati belanja rakyat Johor beli barang  keperluan di AEON Tebrau City, Johor Bahru.

“SAYA BUKAN AHLI POLITIK, SAYA TIDAK MEMERLUKAN UNDI. TETAPI SAYA IKHLAS MENYAYANGI RAKYAT SAYA. SENTIASA BERSAMA ANDA BANGSA JOHOR.”

Credit: FB Page JOHOR Southern Tigers

Rata-rata baca comment setiap orang diperuntukkan sebanyak RM3000 untuk membeli barang keperluan harian. Memang melimpah troli isi barang. Siapa yang tak nak kan? Untung betul jadi rakyat Johor. Raja kacak, baik hati, suka bersedekah. 

Bila la Negeri lain nak buat benda yang sama? Teringin juga nak rasa. Apalah sangat nilai RM3,000 bagi pemerintah kan? Alangkah amannya kalau semua bersifat pemurah. Orang nak mencuri pun segan agaknya. 

Kebaikkan bersedekah (sumber Tazkirah.net)
  • Kukuhkan keimanan dan dekatkan diri kepada Allah. 
  • Dapat pahala 
  • Bertambah Rezeki Dan Mendapat Keberkatan
  • Menyembuhkan Penyakit
  • Memberi Ketenangan Hati Dan Kebahagiaan
  • Melahirkan Rasa Syukur
  • Terhindar Dari Sifat Kedekut
  • Melatih Berfikiran Positif Dan Adil
  • Terhindar Dari Sikap Keduniaan Dan Materialistik
  • Menjauhkan Diri Dari Sikap Bongkak Dan Sombong
Tak rugi bersedekah. Jom amalkan. 

1 comment:

  1. RM3000 untuk beli barang keperluan. Bestnya! Banyak benda boleh dibeli tu. Untung rakyat Johor :D

    Kak, Siqah nak jempit join segmen dan GA di blog Siqah :)

    LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

    SEGMEN : MAKING A BLOG LIST BY BLOG SIQAHIQA

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.