Pelakon wanita Popular ditahan miliki dadah

Dapat berita melalui group whatsapp main kutu tadi, kecoh seorang pelakon wanita popular ditahan miliki dadah. Kantoi bila pelakon tu melanggar orang awam sebab tengah khayal. Kira macam serah diri je lah kan. Cari pasal. Tak perlu la aku dedahkan siapa sebab nanti korang sendiri tahu juga. Yang tersebar kat whatsapp pun lengkap dengan laporan polis dan gambar, memang hebat kan kepantasan berita ni tersebar. Seram. 

Hancur masa hadapan. Terfikir pula apa akan jadi dengan kerjaya dia ya. Produksi yang ambil dia berlakon. Duta produk kalau ada la. Hancur sekelip mata. 
kantoi dadah Erimin 5
Dadah Happy 5
*image rootofscience

Dadah Erimin 5

Akak sedikit melatah bila dengar pasal dadah ni. Akak fobia, trauma semua sekali la. Pengalaman masa lalu banyak mengajar diri jadi memang sedih kalau jumpa mangsa najis dadah. Hancur hidup. 

Akak pun secara spontannya mencari apa itu dadah erimin 5. Kalau ikut penerangan dari Blog rootofscience.com, erimin ni juga dikenali dengan nama “Happy”, “Five”, “Happy 5” disebabkan harganya murah berbanding dadah lain dan semestinya pelanggan utama adalah pelajar sekolah dan remaja. Satu tab sepuluh pil cuma berharga sekitar RM15 – RM40 sahaja. 

Secara Halalnya (berdaftar) dadah ni dijual di farmasi untuk masalah tidur (insomnia, kerap terjaga tiba-tiba, keresahan), dan juga sawan. 

Ianya berfungsi untuk merehatkan aktiviti otot, mengawal keresahan dan terlibat dalam aktiviti ransangan tidur. Pendek kata dadah tu akan melumpuhkan dan merehatkan fungsi otak. 

Kalau di kelab-kelab pula dadah ni digunakan sebagai soft drug/ club drug dan diambil dengan alcohol juga diambil bersama dadah lain seperti ecstasy, methamphetamine dan benzodiazepine. 

Kesan pengambilan
  1. Hilang kesedaran
  2. Kekurangan fungsi kognitif dari segi mengambil keputusan, berfikir, hilang tumpuan
  3. Kesukaran untuk mengawal fungsi tubuh, bercakap, bergerak
  4. Kesukaran mengingat, pelupa
  5. Ketagihan kronik dan meningkatkan keinginan penagih untuk mengambil dadah yang lebih tinggi dosnya. 

Pesanan untuk yang pernah mencuba, dan masih lagi ambil dadah tak kira apa jenis. Kuat atau tidak dosnya. Beringatlah. Jangan jadi mangsa dadah. Kesannya bukan hanya pada anda. 

Kalau awak dah berkeluarga isteri dan anak-anak akan jadi mangsa. Kalau masih belum kasihanilah ibu bapa awak. 
Minta bantuan jika anda terlibat dengan dadah. Jangan jadi mangsa dadah. 


2 comments:

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.