6 Jenama Ikan Sardin Mengandungi Cacing

6 Jenama Ikan Sardin Mengandungi CacingGeli geleman pula bila bayangkan cacing dalam ikan sardin. Dah la memang favourite satu keluarga, kalau ada lauk ikan sardin memang bertambah la nasi. Makan pula dengan nasi panas. Selera lain macam. Tapi lepas keluar je berita, bila Kementerian Kesihatan sahkan 6 jenama ikan sardin yang ada dekat pasaran mengandungi cacing terus angkat sepanduk tak nak beli ikan sardin lagi. Boleh caya ke dekat diri sendiri ni? Gelak dalam hati. 
Sardin ada cacing
Jenama Sardin yang mengandungi Cacing
*sumber gambar dari Facebook
Senarai 6 Jenama Ikan Sardin Mengandungi Cacing 

6 jenama ikan sardin yang mengandungi cacing adalah seperti berikut TC Boy, King Cup, Bintang, Cinta, Sea Fresh dan HS Brand. Cacing yang ada dalam Ikan sardin tu dikenal pasti sebagai Cacing Filum Nematoda daripada Genus Anisakis spp. Canggihnya nama dia, yang aku kenal hanyalah cacing tanah buat umpan memancing. Lol. 

Aku kurang paham tentang kehadiran cacing dalam ikan sardin tu. Pernah la juga baca yang produk makanan dari Negeri China tu letak parasit macam cacing untuk biar makanan jadi tahan lama atau lebih sedap. Ke itu sekadar mitos wallahualam. Sila jangan percaya macam apa aku percaya. Tak pasti la cacing sengaja diletakkan ke dalam ikan sardin atau cacing tu wujud akibat proses pengetinan atau kelemahan proses pembuatan ikan sardin. Itu yang tak sabar nak tunggu penerangan Kementerian Kesihatan kita. 

Bahaya Makan Ikan Sardin Mengandungi Cacing Kepada Kesihatan

Untuk yang dah termakan ikan sardin yang di jual dipasaran dan ada pula cacing jangan la risau pula. Kementerian Kesihatan Malaysia terangkan yang risiko kesihatan adalah amat rendah kerana cacing tersebut telah pun mati disebabkan proses memasak atau pengetinan. Nasiblah aku memang dah lama berhenti makan ikan sardin sebab aku rasa harga dia boleh usap dada bila tengok. Mahal sangat baik aku makan ikan segar. Yang ada buat simpan stok dekat rumah ada agak-agak akan simpan atau buang? Terpulang la kan. Kementerian kesihatan Malaysia pun dah arahkan supaya syarikat terbabit untuk menarik balik produk mereka dari pasaran. 

Terkilan juga bila baca tentang sardin ada cacing ni, sebab dah berapa lama sardin ni berada di pasaran baru sekarang Kementerian Kesihatan Malaysia dapat bongkar. Dah berapa ramai yang makan cacing pun tak sedar. Harapnya isu sardin ni menjadi titik mulanya rakyat Malaysia lebih peka terhadap isu kebersihan dan keselamatan seterusnya mengambil berat dalam penjagaan kesihatan. Dah kurang la agaknya orang jual karipap sardin, roti canai sardin, sardin roll, nasi goreng sardin dan segalanya berkaitan sardin. Fasa tular dan berjaga-jaga orang kata. Ke sementara sahaja?

5 comments:

  1. alamak dah kenapa depa ni letak cacing plaaak dalam ni. penambah rasa ke apa ? ahhaha.. ok yang TC Boy tu lepas ni tuna spread dia pun xmo makan dah. aiseh !!

    ReplyDelete
  2. :( masa kecik2 dlu ada jugak makan king cup tu. sekarang ni baru yang bukan2 diorg letak. Allah..

    ReplyDelete
  3. nasib baik tak pernah makan semua tu. biasa beli ayam brand je, tu pun untuk buat sandwich, kalau makan buat lauk, baik beli ikan segar. hehe

    ReplyDelete
  4. tak sangka brand king cup tu bermasalah padahal fav brand dari kecik

    ReplyDelete
  5. Alahai.. Macam makin banyak pula sardin yang ada cacing nie..

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.