Parodi Melampau Faiz Roslan

Parodi Melampau Faiz Roslan | Siapa Faiz Roslan ni? Faiz Roslan ni seorang lelaki yang berpewatakan lembut dan suka buat parodi di Instagram. Faiz Roslan suka buat parodi menyerupai perempuan, dan bercita-cita nak jadi juru mekap. Follower dia terdiri daripada anak-anak muda. Faiz suka make up and acting macam perempuan dalam video-video dia. Dulu, parodi yang dia buat masih ok lama kelamaan semuanya jadi parodi melampau. Kalau tak silap umur dia baru je nak cecah 16 tahun.
He is Instagram model and personality who is known for posting fashion, beauty, and lifestyle photos to his thefaizroslan account. He has gone on to garner more than 380,000 followers on the platform.
Before Fame - He began his career as a social media influencer by posting short video clips using the popular Dubsmash application.

Penting sangat ke dia sampai nama dia jadi bualan orang ramai termasuk lah alim ulama? Tak kenal pun tak apa sebenarnya tapi bagus kalau tahu kisah ni dan jadikan pengajaran. Untuk ibu bapa fahamilah zaman anak muda sekarang tak sama macam zaman dulu kala. 360 darjah bezanya. Ibu bapa kena take note. Bukan ibu bapa je, semua sekali. Sebab masyarakat memainkan peranan penting juga. 

Parodi Lagu Lagi Syantik Faiz Roslan

Terbaru dia muatnaik video parodi lagu “lagi Syantik” di hari pertama puasa. Dalam video tu Faiz Roslan bersama lagi dua orang kawan lelaki yang juga lembut seronok menari ghairah. Ala-ala tarian lucah.Kau rasa? Motif dia buat parodi macam tu? Tak pasti la pula. Mesti la nak popular kan?
Ramai la yang cuba nasihatkan dia dan dah dibawa pun bersemuka dalam rancangan Motif Viral bersama Da’I Wan. Tapi usaha tu boleh di ibaratkan seperti mencurah di daun keladi bila Faiz sekali lagi dikecam sebab mengaku tak puasa sebab dia tak solat. 

Dia buat pengakuan dalam insta Live dan dia rasa sia-sia la dia puasa sebab dia tak solat. Dia mengaku masa buat live dekat Instagram dan dengan bangga nya tunjuk kawan dia tengah makan kentang goreng McD. Mengaku bangga buat dosa. Allahuakbar. Bagi Faiz kalau puasa tapi tak solat amal seseorang tu tak akan diterima. Itu pemahaman dia la. 
Antara yang pernah nasihat Faiz ialah Da’I Wan, Sharnaz Ahmad, Yatt Hamzah, Hafiz Hamidun dan ramai lagi. Untung dia disayangi ramai. Diberi teguran Cuma sayang masih belum Allah bukakan hatinya.

Pendapat aku tentang Faiz Roslan

Sejujurnya aku rasa apa dia buat memang dah melampaui batas. Dah langgar hukum agama. Nampak kejahilan dia tentang agama. Seeloknya bila jahil kena la menuntut ilmu bukan sebaliknya bangga terus-terusan nak jadi jahat. Dari sudut lain aku rasa apa Faiz Roslan ni buat adalah tanda dia protes kepada semua orang yang kecam dia. Balas dendam dan tunjukkan yang dia berani nak buat. Dia sakit hati jadi dia nak balas semula dia buat orang lain pula sakit hati. 

12 Tanda Bila Hati Mati 
  1. Berani meninggalkan Solat Fardhu
  2. Tenang tanpa merasa berdosa padahal melakukan dosa besar.
  3. Tidak mahu membaca bahkan menjauihi dengan ayat-ayat al-Qur’an,
  4. Terus menerus melakukan maksiat,
  5. Sibuknya hanya suka mengumpat, buruk sangka, merasa dirinya lebih suci,
  6. Sangat benci dengan nasihat baik dari ulama,
  7. Tidak ada rasa takut akan peringatan kematian, seksa kubur & akhirat,
  8. Gilanya pada dunia tanpa peduli halal haram yang penting kaya
  9. Orang yang merelakan kejahatan berlaku dalam keluarganya , Dayus dan tidak bertanggungjawab.
  10. Pendendam hebat
  11. Sangat bakhil (kikir)
  12. Cepat marah kerana keangkuhan & dengki.

*sumber tazkirahdaily.com 

Semoga ber sempena bulan Ramadhan yang mulia ni Allah melimpahkan rahmatNya, dan mengurniakan petunjuk dan hidayah untuk kita semua. Terlalu jauh kita tersasar dari jalan Allah. Dah sepatutnya kita kembali kepada Islam. Apa lagi alasan kita kelak di tanya di akhirat. Terlalu banyak fitnah, pergaduhan dna benda-benda kotor yang mencemarkan bulan Ramadhan. Rugilah kalau kita terlepas nikmat yang di rasa setahun sekali ni. Tahun depan masih belum tentu lagi rezeki kita. Selamat berpuasa semua. 

Update: baru aku nak positive rupanya dia upload video balas balik sebab tak puas hati. takburnya kamu wahai manusia. 


1 comment:

  1. budak budak sekarang memang melampau la. sampai semua dah tegur including mufti, dai dan ramai lagi la but still takmau dengar. entahlah, bila dah femes jadi macam ni pulak sampai mcm lupa diri

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.