5 Tips Penting Menjawab Soalan Temuduga

by - July 04, 2018


5 Tips Penting Menjawab Soalan Temuduga | Tahniah di ucapkan buat bakal pencari kerja yang terpilih untuk menghadiri temuduga. Setelah berjaya mencuri perhatian bakal majikan dengan resume yang bagus, waktu temuduga adalah waktu terbaik untuk membuktikan anda adalah orang yang paling layak untuk bekerja di syarikat mereka. aku nak berkongsi 9 tips penting yang aku amalkan masa nak menjawab soalan temuduga sebelum aku “bercuti sementara” dari dunia pekerjaan. Sekarang bekerja juga tapi di rumah sendiri. Amat penting menjawab soalan-soalan semasa temuduga dengan betul kerana melalui temuduga la bakal majikan akan menilai siapa kita dan berbaloi atau tidak untuk ambil kita bekerja. Paling penting jangan stress dan cuba ikut tips yang aku kongsi di bawah ni.
Menjawab Soalan Temuduga
Soalan tricky masa interview
*picture credit to qiktippix.com
Tips Penting Menjawab soalan Temuduga

Tips ni aku jumpa dalam carian google dan aku olah ikut kesesuaian dan kefahaman sendiri. Apa yang aku paham sebagai pencari kerja kita kena alert dengan semua benda dan cuba sehabis baik dalam menonjolkan diri. Paling penting jadi diri sendiri dan postitif.

#1 Talk more than 3 words

Perkara paling mudah berlaku ialah kita panik dan gagal nak menjawab bila soalan di ajukan. Apa perlu buat ialah bertenang dan biar otak dapat berfikir. Buat latihan secukupnya dan cuba kembangkan idea bila nak menjawab soalan. Boleh gunakan Why,When,Who,Where & How question. Sekarang semua di hujung jari, semua bahan boleh dapat di internet. Apa yang buat kita berbeza ialah cara penyampaian kita. 

#2 Speak louder

Untuk yang memang sejak azali bersuara lemah gemalai boleh la praktis supaya suara anda kedengaran tegas dan dapat yakinkan bakal majikan. Tak salah bersuara lembut Cuma kena pandai guna antonasi suara. Yang bersuara petir harap dapat kawal suara juga. Ada sesetengah orang bila berada dalam keadaan tertekan suara memang out. Berlatih bercakap depan cermin amat membantu. Kata kunci dia ialah berlatih.

#3 Don’t stress

Elakkan stress. ada yang sampai tak lalu makan, tak boleh tidur dan macam-macam lagi. Jangan tak tidur sebab risau pula ya. Tak tidur hanya buatkan keadaan jadi bertambah buruk. Muka pun huduh. Satu pesanan aku, nikmati setiap saat.

#4 Practice reading / read a lot

Persediaan yang baik adalah termasuk sediakan skrip dan cari soalan-soalan bocor yang selalu orang share dekat internet. Baca sebanyak mungkin dan cuba hadamkan. Jangan terlalu menghafal sampai nampak macam baca cerita. Kena tahu tentang syarikat yang di pohon sekurang-kurangnya siapa Executive Chairman dan buat summary tentang syarikat. Taktik ni aku selalu apply bila di tanya dan berjaya impress penemuduga.

#5 Don’t memorize or give lecture

Jawab soalan yang di tanya dengan penuh semangat dan ada antonasi. Jangan cakap terlalu laju dan terlalu perlahan takut penemuduga menguap pula. Kalau takut tak ingat sila jangan HAFAL, tapi pahamkan. Ulang banyak kali semua maklumat supaya melekat kat otak dan mulut akan automatik fasih.

Itu antara 5 tips penting menjawab soalan temuduga. Kata kunci persediaan untuk menghadiri temuduga ialah berlatih. Tak salah kalau kita tak tahu semua jawapan, mana ada manusia sempurna kan? Cara menjawab dengan berhemah dan tunjukkan yang kita bersedia jika di ambil bekerja. Pesanan terakhir, cuba enjoy sebanyak mana yang boleh. Ini adalah sebahagian besar proses menjadi dewasa. Jangan putus asa sehingga jumpa kerja yang betul-betul sesuai untuk diri kita. Selamat berjaya.



You May Also Like

1 comments

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Entri Popular Bulan ini

SUBSCRIBE NEWLETTER