Giveaway Tudung Bawal by Cik Puan Rrai

Wah banyak pulak Give away tengah berlangsung terus rasa semangat nak join semua sekali. Kali ni mencuba nasib Giveaway Tudung Bawal by Cik Puan Rrai.

Ada dua kategori (Kreatif dan Random) dan Diah mencuba nasib untuk kategori pertama iaitu kategori kreatif memandangkan Diah dah pernah mengandung.  Yang nak join boleh la click gambar bawah ni ya.



Giveaway Tudung Bawal by Cik Puan Rrai

KATEGORI KREATIF- Sama macam kategori random, cuma letakkan dalam entry tu, tips atau nasihat korang kepada ibu-ibu yang sedang mengandung di luar sana. Utk org yang tengah pregnant tau. Bukan utk orang yang nak pregnant.

Untuk tips serta nasihat Diah kongsikan berdasarkan apa yang pernah lalui ok. Harap membantu untuk yang memerlukan dan serasi dengan diri.

#1 Diah memang alami morning sickness yang agak teruk dan hampir ke 7 bulan kandungan masih lagi muntah sampai keluar warna hijau. Memang pahit. Bayangkan benda ni berlaku setiap pagi dan di pejabat masa bekerja.  Bila dah muntah memang tenaga habis banyak. Apa Diah buat ialah minum ais untuk hilangkan rasa muntah tu.

#2 Lepas tu masa mengandung lepas je kandungan mencecah 5 bulan, HB Diah mesti menurun. Memang dari anak pertama lagi sampai nurse siap bagi amaran. Diah ikut petua kawan-kawan kongsi minum pati delima jenama gulsan. Alhamdulillah HB cantik sampai la bersalin. Lagi satu anak bila lahir kulit jadi bersih dan cerah.

#3 Untuk ibu mengandung please jangan stress dan enjoy setiap saat mengandung sebab semua benda tu tak boleh di ulang kembali. Selalu positif dan yakin serta banyakkan berdoa supaya dipermudahkan Allah. Memang banyak cabaran semasa mengandung tapi selalu fikir kan yang orang lain boleh mesti kita pun boleh.

#4 Siap sedia untuk segala-galanya. kadangkala kita plan macam-macam dan nak beri yang terbaik untuk baby dan diri sendiri tapi apa yang berlaku Allah dah tetapkan. pasti ada hikmah dan itu yang terbaik untuk kita dan baby.

#5 Jaga pemakanan dan jangan guna alasan makan banyak dan kemudian berat naik dan menyebabkan kegemukkan. Ini pengalaman sendiri. Kandungan ketiga baru dapat kawal nafsu dan makan makanan seimbang.

Selamat menjaga kandungan dan kesihatan wahai semua bakal ibu di luar sana.

Love,

Diah.

9 comments:

  1. HB Xu pun selalu jatuh bila nak cukup term. doktor pakar keluarga sarankan ambil 2 biji iberet tengah2 malam masa perut kosong huhu Pedih yaamat perut bila lepas telan ubat tu

    ReplyDelete
  2. goodluck kak..saya pun join

    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/09/giveaway-tudung-bawal-by-cik-puan-rrai.html

    ReplyDelete
  3. Hai,jemput join segmen saya!!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/10/segmen-saya-nak-buku-free-by-cuya.html

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.