Restoran Taman Apple Steamboat & Grill Cameron Highlands
Alhamdulillah minggu lepas Diah dan keluarga telah selamat bercuti ke Cameron Highlands Pahang. Percutian yang singkat tapi berkualiti sebab dapat habiskan masa sekeluarga.Nama je anak kelahiran Pahang tapi ini merupakan kali pertama Diah jejak kan kaki ke Cameron Highlands. Dah masuk umur 33 tahun baru tahu Cameron Highlands best. Kesian betul.
Memandangkan kali pertama nak bercuti ke Cameron Highlands ni, jadi Diah buat la pembacaan serba sedikit mana tempat yang best nak pergi, tempat nak makan dan lain-lain.
Paling banyak cari mestilah tempat makan yang best sebab ke cintaan terhadap makanan tak dapat di pisahkan.
Sebenarnya tak plan pun nak ke Cameron Highlands tapi dah nama nya rezeki sampai juga akhirnya. Anak-anak la yang paling excited, nak merasa feeling sejuk macam kat luar negara katanya.
Banyak yang setuju Cameron Highlands adalah destinasi pilihan keluarga untuk bercuti sebab baby friendly, lokasi yang sejuk, makanan yang sedap dan lokasi yang cantik nak bergambar.
Diah book penginapan dekat Tanah Rata dan jumpa apartment yang bersesuaian pada harga RM180 untuk satu malam. Serik dengan percutian lepas, jadi Diah memang cari penginapan yang sediakan parking dan yang penting selamat.
Restoren Taman Apple Steamboat & Grill Tempat Makan Pilihan di Cameron Highlands
Untuk edisi food hunting kali ni Diah nak kongsi restoren pilihan kami semasa bercuti di Tanah Rata Cameron Highlands, tak lain tak bukan Restoren Taman Apple Steamboat & Grill.
Restoren Taman Apple ni pernah viral dulu dan terkenal dengan hidangan steamboat & grill dia.
Rupa-rupanya nama Restoren Taman Abang ni dah ditukar oleh pemiliknya di sebabkan tak nak pelanggan keliru dengan restoren lain yang guna nama abang untuk nama restoren mereka.
Jadi, Restoren Taman Abang dan diberi nama baru iaitu Restoren Taman Apple Steamboat & Grill.
Lokasi Restoren Taman Apple ni sangat la dekat dengan tempat penginapan kami sekeluarga. Ianya terletak di tengah-tengah Pekan Tanah Rata dan bersebelahan dengan Hotel Cool Point serta dekat sangat dengan Agro-Technology Park Mardi Cameron Highlands.
Restoren Taman Apple adalah pilihan yang tepat untuk di kunjungi terutama untuk mereka yang menginap di sekitar Tanah Rata.
Kenapa perlu Datang ke Restoren Taman Apple Steamboat & Grill?
Untuk yang pertama kali datang dan tak tahu nak order apa boleh la tengok menu bergambar yang disediakan. In sha Allah apa yang korang tengok itu la yang korang dapat.
Restoren Taman Apple menyediakan hidangan untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan Steamboat & Grill pada waktu malam. Oleh sebab cuaca yang sejuk memang nasi la jadi menu pilihan kami sekeluarga.
Untuk sarapan pagi Diah cadangkan korang untuk cuba Nasi Lemak Serunding Strawberi mereka. Nasi memang cukup lemak santan dan serunding Strawberi yang membuka selera. Ini pertama kali Diah cuba serunding Strawberi.
Kalau nak tahu, Restoren Taman Apple la merupakan restoren pertama yang menawarkan menu serunding Starwberi ni. Rasa serunding Strawberi ni masam, manis dan pedas. Tak sangka Strawberi pun boleh dijadikan serunding.
Sedap pula tu. Kalau tak nak nasi korang boleh cuba menu lain seperti bihun sup, soto, atau nasi impit dengan rendang daging. Harga menu sarapan bermula serendah RM6.90.
Sesuai dengan cuaca sejuk, untuk menu pilihan waktu tengahari korang boleh cuba menu set bakar. Diah sempat cuba nasi kambing bakar, nasi ayam bakar dan juga nasi sotong bakar. Setiap set dah ada air Strawberi Lemonade yang menyegarkan.
Walaupun peminat kambing tegar, tapi nasi sotong bakar berjaya menambat hati Diah. Sotong bakar yang lembut isi dia dan di cicah dengan sambal kicap memang sedap. Saiz sotong juga besar. Puas makan.
Hidangan Steamboat & Grill pula mula di buka pada pukul 5.00 petang sehingga pukul 12.00 malam. Jadi ada masa yang cukup untuk korang makan sampai kenyang.
Walaupun konsep steamboat ni layan diri tapi jangan risau sebab akan ada crew restoren yang bertugas untuk bantu korang kalau perlu kan apa-apa bantuan. Mereka memang mesra membantu.
Terdapat dua pilihan sup iaitu tom yam dan ayam. Dalam cuaca yang sejuk memang meriah kami makan malam tu.
Pelanggan boleh makan berulang kali dan terdapat banyak pilihan seperti nasi lemak pandan, bihun dan nasi goreng, pelbagai jenis sayur-sayuran, pelbagai pilihan bahan steamboat, pilihan air panas dan air sejuk serta dessert seperti ice cream dan ABC.
Pelanggan juga di jamu dengan pilihan daging perapan pelbagai perisa (BBQ, Blackpaper & Kunyit) seperti ayam, ikan Dori dan juga kambing. Pilihan seafood pula seperti udang, dan sotong. Walaupun pilihan seafood agak terhad tapi kami berpuas hati.
Seperti yang Diah bagitahu, restoren ni memang popular dengan hidangan steamboat. Masa kami sampai restoren baru dibuka dan dalam 15 minit meja-meja mula dipenuhi dengan pelanggan. Senarai harga steamboat & grill boleh rujuk di bawah ni.
- Harga untuk dewasa ialah RM39
- Harga untuk kanak-kanak (5 sehingga 12 tahun) ialah RM29
- Harga warga emas (50 tahun ke atas) ialah RM 33
- Kanak-kanak 5 tahun ke bawah adalah percuma
Serunding Strawberi Cik Merah
Kalau dah datang ke Restoren Taman Apple ni memang tak sah la kalau tak beli Serunding Strawberi Cik Merah. Serunding ni diperbuat daripada buah Strawberi sebenar dan kemudian dicampur dengan cili, daging dan juga bahan-bahan lain.
Ada dua jenis serunding iaitu daging dan ayam. Dekat depan restoren ni ada booth yang jual Serunding Strawberi Cik Merah dan juga produk yang berasaskan strawberi yang lain seperti jem dan cordial minuman.
Boleh la korang beli Serunding Strawberi Cik Merah sebagai buah tangan. Makan serunding dengan nasi panas memang terbaik. Satu paket berharga hanya RM17.90 (140gram)
Boleh dapatkan maklumat lanjut tentang Serunding Strawberi Cik Merah melalui media sosial mereka seperti di bawah:
Pastikan Cik Merah Baru Beli - Serunding Strawberi |
Tips penting
Diah sempat berborak dengan salah seorang crew dekat sini, katanya hari minggu dan cuti umum restoran memang akan dibanjiri dengan pelanggan dan ada yang sanggup ambil no giliran untuk makan. Diah kongsikan tips penting perlu anda tahu sebelum datang ke sini.
- Restoren di buka pada pukul 8.00 pagi sehingga 4.00 petang untuk sarapan dan tengahari manakala hidangan steamboat & Grill bermula jam 5.00 petang sehingga 12.00 malam.
- Untuk menikmati Steamboat & Grill, pelanggan tidak dibenarkan untuk booking (kena walk-in) pada hari cuti umum dan weekend tapi dibenarkan untuk booking pada hari biasa.
- Perlu cuba dessert terutama pavlova dan Kek Strawberi Lapis.
- Restoren di tutup pada hari Rabu.
Boleh waze alamat seperti di bawah untuk datang ke sini:
Restoran Taman Apple Cameron Steamboat & Grill
891-A, Persiaran Dayang Indah, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang
016-225 0315
Boleh dapatkan maklumat lanjut tentang Restoran Taman Apple Cameron Steamboat & Grill melalui media sosial mereka seperti di bawah:
Apa yang dapat Diah simpulkan Taman Apple Steamboat & Grill adalah restoren pilihan yang tepat untuk anda yang sedang atau yang plan nak bercuti ke Cameron Highlands.
Selain makanan yang sedap, lokasi yang banyak kawasan parking, dekorasi yang cantik (makan dalam taman), crew restoren peramah dan sedia melayan pelanggan. Yang suka bergambar mesti suka sebab tempat ni cantik, banyak sudut boleh ambil gambar.
Harap perkongsian tak seberapa ni dapat bantu korang yang bercuti ke Cameron Highlands.
Selamat bercuti.
ya Allah sedap2 nya makanannya semua >.<
BalasPadamNak repeat lagi, nasi kambing bakar tu memanggil-manggil je..
BalasPadamWahhh!! Nampak menarik menu serunding strawberi nie.. AM xpenah cuba lagi.. nnti kalu singgah ke cameron, nak cuba la menu2 di Restoran Taman Apple ini la..
BalasPadamOh nampak sedapnye I really love the food looks so good, I miss cameron and I can't wait to visit it again.
BalasPadamaida ari tu nak singgah tau.
BalasPadamtapi cancel.
sebab, anak2 tak brape makan stimbot. so aida rasa tak berbaloi nak membyr nyer hu hu hu hu...
kalau berdua dgn asben, yes, kami da gi dah...
belanja diorang makan biasa-biasa aje.
memang sedap katanya sini ekk. aida tgk gambar pun dah nak meleleh air liur :) ha ha ha ha ha...
Macam sedap je dengar serunding strawberi tu .Macam unik je agak2 apa yer rasa dia. Selalu makan serunding biasa je. Kalau pergi CH lia nak makan kat Taman Apple sebab menu dia menarik.
BalasPadamLama tak ke Cameron Highland.tengok menu di restoran ni rasa nak pergi CH je next week. Seronok kan ber steamboat kat tempat sejuk ni..feel betul..
BalasPadamBestnya kak. Time sejuk2 kite bersteambot grill kan. Nak kene pergi ni kedai ni. Lama dah tak ke cameron highland. Thanks Kak Rodiah share tempat makan steambot best ni.
BalasPadamAiks dah tukar nama lak , baru tahu tp memang menarik oh tempat dia , sejak viral teringin nak pergi ehehehe
BalasPadamKenapa la time pergi dulu takde, huhu next time nak pergi cameron, memang akan singgah dekat restoran ni. tapi confirm mesti ramai orang. nak pergi time weekday la camni. hehehe
BalasPadamkalau cerita tentang cameron highland mesti banyak tentang strawberi je kan.. segala-galanya berkaitan strawberi.. sedapnya slahai tengok kek tu kak oiii. terliur TB
BalasPadamHahhhh banyaknya mneu yang ada. Next week nak pergi cameron jugak... Kena datang sini juga rasa makanan denkat sini
BalasPadamsedapnyaaa.dahlah amni memang tengah plan nak ke cameron nanti ni heheh.harap2 tercapai impian nak bawak umi abah mai sini.tengah rangka plan untuk kesana ni.
BalasPadamSemua makanan best2 ni. MashaAllah! haha. Tergugat iman SR. Menu yang paling menambat hati SR ialah Nasi Lemak Serunding Strawberry. Serious tak boleh bayang apakah perasaan makan menu tersebut. haha. Tak sangka strawberry boleh jadi serunding. Memang kreatif!
BalasPadamTgk kek dia tu sedap betul..lama dah i xpi CH..rindu ok..nanti nk ajk suami la
BalasPadamPavlova ada kat sini? Bestnya..tak pernah sampai kat sini Tapi insyaallah kalau dtg cameron blh singgah lah sini
BalasPadamWow...tempatnya memang nampak selesa lar. Dining among the nature. :) semua makanan sure segar-segar belaka kan. :) kena pergi suatu hari
BalasPadamKalau zaman dulu kak, tak bnyak benda ada kat cameron ni. Sekrang macam-macam inovasi.
BalasPadamwah, kalau ke cameron dah tahu dah nakmakan kat mana kan. sesuai sangat nak makan steamboat macam ni kat tanah tinggi. tq for sharing
BalasPadam