Jalan Jalan Japan Di M3 Mall Gombak, Harga Barang Mampu Milik

Rodiah Amir
Assalamualaikum. Sabtu lepas aku ke Jalan Jalan Japan yang terletak di M3 Mall Gombak. Ini merupakan outlet mereka yang ke empat yang dibuka di Malaysia. 

Outlet Jalan Jalan Japan yang pertama telah dibuka di Level 1A, Sky Park, One City, USJ, yang kedua terletak di Level 3, Shamelin Mall, Cheras, KL, yang ketiga di Level 3, CenterPoint, Seremban dan paling terbaru ialah di Level 2, M3 Mall Gombak. 


Shopping Jalan Jalan Japan Di M3 Mall Gombak


Jalan Jalan Japan Di M3 Mall Gombak, Harga Barang Mampu Milik

Kalau nak tahu Jalan Jalan Japan ni menjual barang preloved dari Japan. Walaupun preloved tapi korang jangan risau sebab barang yang dijual masih dalam keadaan baik dan ada yang nampak macam baru ok.  

Sebelum ni aku agak ragu-ragu dengan khabar angin tentang harga giler yang ditawarkan di Jalan Jalan Japan ni tapi lepas masuk dan shopping dekat sini memang rambang mata weh. Ternyata kalau tak kuat iman memang ber troli-troli korang akan borong.





Outlet Ke Empat Jalan Jalan Japan Di M3 Mall Gombak


Semasa sesi pengenalan Jalan Jalan Japan oleh Mr Daichi Shuzui, Director BOK Marketing Sdn Bhd, dia terangkan yang recycle trend bermula di Jepun kerana mereka kekurangan tempat untuk menyimpan barang-barang. 

Jadi untuk mendapatkan barang yang baru mereka akan menjual barangan yang mereka ada di Kedai Preloved. 

Sejak itu konsep preloved telah menjadi budaya dan sebati dalam kehidupan masyarakat di Jepun. Syarikat Bookoff Corporation di Jepun telah membawa idea dan konsep preloved ini ke Malaysia. 






Semua Barang Ada Di Jalan Jalan Japan

Dekat Jalan Jalan Japan ni korang akan jumpa pelbagai barangan daripada baju untuk kanak-kanak dan dewasa sehinggalah pinggan mangkuk dan barang perhiasan rumah. 

Selain tu, korang boleh beli kasut, beg tangan, anak patung, aksesori rambut, koleksi mainan termasuk anime, barangan bayi, dan juga alatan sukan seperti golf dan surfing board. 





Seronoknya semua barangan dijual di Jalan Jalan Japan adalah pada harga mampu milik. Harga paling murah dijual adalah RM1. Memang shopping tak ingat dunia. 
Kalau korang yang berjimat dan mencari barang pada harga yang murah, Jalan Jalan Japan adalah tempatnya. 



 Pengalaman Shopping di Jalan Jalan Japan M3 Mall


Memang seronok sangat dapat membeli belah di Jalan Jalan Japan M3 Mall ni sebab staff dia yang mesra, setiap saat akan dengar staff dia greet pelanggan yang masuk dan mereka akan tawarkan bantuan sambil beri senyuman yang manis. 

Jangan risau dia tak lah ikut je korang ke mana korang pergi. Kawasan dalam outlet pun selesa untuk tarik troli, susunan barang mengikut jenis barangan dan jadi mudah nak mencari.  




Bak kata-kata Mr. Daichi, orang Jepun tidak menjual barang-barang mereka untuk mendapatkan wang tunai tetapi ia adalah cara untuk mereka menggantikan pakaian baru dalam almari mereka. 

Jepun kan memang terkenal dengan fesyen yang terkini, jadi kebarangkalian mereka membeli amatlah tinggi. Sebab tu semua barang yang dijual masih dalam keadaan baik. 



Siapa yang patut datang ke Jalan Jalan Japan? 

Jalan Jalan Japan adalah destinasi terbaik untuk mereka yang mencari barangan pelbagai yang dijual pada harga mampu milik setanding kualiti pada harga murah giler. 

Untuk korang yang berdekatan jangan lupa yang Jalan Jalan Japan M3 Mall bakal dibuka kepada orang ramai pada 18 Mei 2019 pada pukul 10 pagi. Jadi mark kalendar korang dan datang ok. 

Lokasi M3 Mall terletak berdekatan dengan LRT Taman Melati. kalau berjalan kaki ambil masa lima ke supuluh minit sahaja. Jadi mudahlah kalau nak datang. Nak drive sendiri pun tiada masalah. 


Jalan Jalan Japan
Level 2, M3 Mall
Jalan Madrasah, Jalan 1/22a,
Taman Melati, 53100 Kuala Lumpur


Tags