Cara Atasi Masalah Earnings At Risk
Ini kali ketiga aku terima
notifikasi dari Google Adsense berkenaan masalah earnings at risk dan perlu
buat beberapa penambahan code ads.txt. Kali pertama aku terima warning adalah
pada bulan Jun 2019 disebabkan aku memang tak pernah tambah code ads.txt dan
lepas berjaya tambah masih ada warning tu. Rupa-rupanya aku kena verify domain
dan kene delete subdomains.
Lepas semak baru tahu subdomains
adalah URL blog lama yang guna address blogspot tu. Ini jadi lepas aku bertukar
domain yang aku guna sekarang. Jadi lepas delete subdomain tu dan tambah code
ads.txt selesai masalah.
Kali kedua jadi semula selepas aku
buat penukaran template blog. Aku tak pasti adakah itu sebab atau kebetulan je.
Macam biasa aku ikut tutorial yang disediakan oleh Saudara Hasrul Hassan di
entri masalah earning at risk dan memang berkesan la.
Kali Ketiga Terima Notifikasi Earnings At Risk Google Adsense
Buat kali ketiga, aku terima lagi
notifikasi Earnings at risk Google Adsense. You need to fix some ads.txt file
issues to avoid severe impact to your revenue. Adoi tak pasti kenapa jadi lagi.
Seingat aku memang dah buat macam yang diarahkan.
Arahan dan penerangan masih sama.
Jadi jom lah buat semula step by step cara atasi masalah earnings at risk
Google Adsense. Dua perkara korang kena buat ialah download code ads.txt dan
kemudian masukan code tadi ke blogspot bahagian monetization.
Tekan notifikasi earning at risk
dan klik FIX NOW.
Tekan download dan copy code ads.txt tersebut.
Dah copy code yang telah di
download tadi, teruskan dengan langkah berikut:
- Log masuk ke Blogger.
- Klik “settings”
- Klik “Search Preferences”
- Di bahagian “Monetization” cari "custom ads.txt" dan klik Edit.
- Klik Ya.
- Copy code yang korang download tadi.
- Klik Simpan tetapan.
Semak Blog Ready ads.txt
Saudara HH pun ada kongsi cara untuk pastikan blog dah ada
kod ads.txt atau tak dengan semak melalui cara dibawah:
Taip url blog anda - https://www.XXXXXXX.com/ads.txt
Contoh: https://www.rodiahamir.com/ads.txt
Jika dah ada maksudnya tiada masalah, dan kadangkala ambil
masa 2-3 hari untuk baiki. Nanti semak la semula warning tu masih wujud atau
tak.
Untuk kes aku yang kali ketiga
terima warning ni, aku dah semak blog memang tersedia code ads.txt dan di
bahagian sites memang aku dah delete apa yang patut tapi masih terima warning
earning at risk. Aku pun pening. Aku akan semak lagi nanti. Semoga korang yang
ada masalah earning at risk berjumpa penyelesaian okeh.
Nak rujuk tutorial dari supportGoogle pun boleh
rumit juga ye pakai adsense ini.. Sha baru cuba nak mohon.. huhuhu
BalasPadamCatat Komen
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.